Rabu, 18 Disember 2013

KENAIKAN TOL !!! KERAJAAN SELANGOR LUPAKAN MANIFESTO SEKALI LAGI


Dengan kenaikan tol yang begitu hebat diperkatakan di media media sosial seperti facebook mahupun twitter atau apa juga platform media kita dapat lihay bahawa kerajaan Selangor menyepikan diri.

Pelbagai respon daripada rakyat tidak kira daripada penyokong kerajaan atau pun pembangkang telah diterima dan apa yang mengejutkan ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan lebuhraya PLUS yang menguruskan 5 lebuhraya di Malaysia bahawa tiada kenaikan bagi tahun ini untuk lebuhraya mereka.

Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pilak lain bunyinya, perlu ada kenaikan bagi lebuhraya untuk tahun 2014.

Rupanya dalam diam tak diam, lebuhraya di Selangor akan dinaikkan diantara RM 0.50 hingga RM 2 bagi setiap konsesi.

Tapi kenapa kerajaan Selangor senyap? Takde pulak nak menyalak berbunyi macam macam? Ada share juga ke?

Seperti yang dicanangkan oleh kerajaan Selangor melalui manifesto mereka bahawa kerajaan Pakatan Pembangkang akan memansuhkan semua bayaran lebuh raya nampaknya takkan kesampaian.

Hanya bercerita sahaja untuk meraih undi dari rakyat dan bila dah menang, rakyat dibiarkan sahaja dengan angan angan manifesto tersebut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selangor-bantah-kenaikan-tol-menerusi-saham-dalam-syarikat-konsesi