Khamis, 26 Disember 2013

JANGAN BERI PELUANG !!!

Tahniah Sangkakala ucakpkan kepada Menteri Besar Kelantan yang menyakan bahawa beliau tidak menyokong himpunan guling kerajaan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.

Tapi walaupun beliau tidak menyokong, adakah pengikut pengikut PAS akan mahu mengikut sama?

Sangkakala tak nampak yang perkara tersebut akan terjadi sebab sudah terbukti yang pengikut PAS kini lebih gemar melakukan perkara perkara yang ada aksi seperti himpunan haram.

Walaupun ditegah oleh pemimpin, namun mereka ini tetap akan mengingkari arahan tersebut.

Sangkakala amat yakin bahawa, mereka tetap akan turun ke Dataran Merdeka untuk melakukan demonstrasi tersebut kerana walaupun mereka ini mengatakan bahawa mereka adalah pengikut PAS tapi mereka sudah dirasuk oleh cara cara PKR yang satu masa dulu menjadi parti pertama melakukan himpunan haram sebelum penubuhannya.

Pihak keselamatan perlu lebih tegas dalam menangani perkara ini kerana mereka ini sudah pasti akan menyusahkan orang ramai pada malam tersebut.

Dan kepada mereka mereka yang cuba menghasut supaya orang ramai turun pada hari tersebut juga perlu diambil tindakan tegas.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Encik blogger... Dia sudah uturn hehe

Unknown berkata...

Salam Saudara Blogger yg hebat,

Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

http://mediagagak.blogspot.com/

Terima Kasih

sangkakala berkata...

Insyaallah..pautkan blog saya juga