Jumaat, 19 April 2013

#GE13 ANWAR IBRAHIM DAH MUSNAH

Kini sudah terang bahawa apa yang dikatakan oleh Ummi Hafilda terhadap Anwar ibrahim tidak boleh di sangkal lagi, Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada timbalan presiden PKR sanggup bersumpah dengan menggunakan Al-Quran dan melafazkan sumpah laknat.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO
 Dengan sumpah laknat yang dilafazkan oleh Ummi itu sudah pasti akan menggegarkan suasana politik tambahan pula apabila Anwar selam ini mengatakan bahawa apa yang dilaporkan oleh Ummi adalah fitnah.

Walaupun akan ada pengikut PAS,  PKR dan DAP yang akan mengatakan bahawa Ummi bersumpah kerana konspirasi UMNO dan Barisan Nasional namun ianya dilihat sebagai satu kejutan dimana sebelum ini Anwar yang diminta untuk bersumpah laknat tidak berani melakukan perkara tersebut.

Beberapa pihak telah dan pernah mendesak supaya Anwar melafazkan sumpah laknat namun sehingga kini masih belum ada lagi sumpah tersebut dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, Nik Aziz sendiri telah mengusulkan supaya Anwar bersumpah demi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah tetapi jawapan yang diberikn oleh Anwar amat menduka citakan dimana Anwar berkata bahawa orang yang benar benar suci dari dosa yang layak untuk bersumpah, ini sekaligus membuktikan bahawa Anwar tidak suci dan tidak yakin dengan keadaan diri beliau sendiri.

Fikir fikirkanlah siapa Anwar Ibrahim, sudah terlampau ramai orang yang mendedahkan segala perilaku beliau selama ini namun bagi pengikut pakatan pembangkang, itu semua ditolak ke tepi.

Mahukah kita diletakkan sebagai orang yang bersekongkol atau bersubahat dengan orang seperti ini.