Selasa, 23 April 2013

#GE13 KERANA PKR UPU DI NIBONG TEBAL TUTUP

Atas desakan PKR, UPU di kawasan Nibong Tebal ditutup sepenuhnya oleh PAS kawasan tersebut.

Semua Chegu Bard punya pasal, datang menempek di kawasan orang lepas tu nak tunjuk hero sampai PAS kawasan Nibong Tebal terpaksa mengundur diri sebagai calon.

Yusni Mat Piah yang diletakkan sebagai calon oleh PAS menarik duri daripada bertanding untuk merebut kerusi kawasan parlimen Nibong Tebal.

PAS pun terpaksalah akur dengan kehendak Anwar yang meletakkan Chegu Bard sebagai sandaran di kawasan itu.

Semasa PRU12 yang lalu kawasan Nibong Tebal diwakili oleh PAS tetapi di pinjamkan kepada PKR namun kalah dengan majoriti 200 lebih undi.

Kali ni PKR letak pula calon mereka sendiri untuk bertanding, tapi malang sekali apa bila PKR letakkan orang luar untuk bertanding di kawasan tersebut.

Apa apa pun UPU di Nibong Tebal hari ni tutup secara keseluruhan dan dengar cerita pula mereka akan menyokong calon Barisan Nasional kerana tidak berpuas hati dengan tindakan PKR.

Selamat menempuh kekalahan kepada Chegu Bard di Nibong Tebal.