Jumaat, 19 April 2013

#GE13 PARIT BUNTAR DITANGAN BN @ZambryAbdKadir @azwanbro @hairul_own

Esok adalah hari penamaan calon bagi PRU13 untuk seluruh negara dan tidak ketinggalan adalah kawasan Parit Buntar.

Walaupun dah dikatakan malam terakhir sebelum penamaan calon namun masih ada desas desus yang mengatakan bahawa PAS Parit Buntar kini masih berantakan.

Apa dah jadi ni? Apa yang Sangkakala dengar daripada orang ramai, rupa rupanya ada yang tidak berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan PAS dan PKR di Parit Buntar.

Mereka ni kata pemimpin PAS di kawasan parlimen Parit Buntar dan DUN Titi serong tidak meluangkan masa mereka untuk menjengah ke kawasan yang mereka menangi dalam pilihanraya yang lalu.

Begitu juga sepertimana yang didakwa oleh mereka di DUN Kuala Kurau (PKR), walaupun berada di kawasan, namun kebajikan rakyat di kawasan Kuala Kurau terabai dan tidak diambil kira.

Pernah satu kejadian baru baru ini dimana ADUN Kuala Kurau dikatakan menendang seorang penguatkuasa Majlis Daerah Kerian kerana perselisihan faham tentang bendera parti yang diletakkan di sekitar kawasan Parit Buntar.

Takkan kerana bendera sampai nak sepak terajang orang ni YB, agak agak la sikit, itu dah politik samseng namanya.

Itu adalah diantara sebab sebab kenapa penduduk atau rakyat di Parit Buntar sudah muak dengan kepimpinan mereka.

Nampak gayanya penduduk di Parit Buntar sudah mula sedar, insyaallah jika kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional, kemajuan akan bertambah pesat di kawasan sekitar Parit Buntar ni.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: