Isnin, 22 April 2013

#GE13 PAS PUSAT TAJA YUSNI MAT PIAH LAWAN CHEGU BARD

Calon PAS di Nibong Tebal rupa rupanya ditaja oleh PAS pusat bagi bertanding untuk melawan Chegu Bard yang dicalonkan oleh PKR.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sekiranya PAS pusat tidak menaja Yusni, masakan beliau boleh menggunakan logo parti tersebut untuk bertanding.

Seperti Barisan Nasional dan parti parti komponen lain, sekiranya ada yang mahu bertanding, mereka akan menggunakan logo bebas dan secara automatik mereka ini gugur sebagai ahli UMNO atau mana mana parti komponen Barisan Nasional. 

Mungkin ada yabg tidak perasan bahawa Yusni diberi kebenaran untuk menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya kali ini dan pihak kepimpinan PAS pusat tidak mengambil apa apa tindakan terhadap beliau termasuk memecat beliau sebagai ahli parti.

Bukankah itu sebagai salah satu tanda sokongan?

Dengan tidak mengeluarkan apa apa kenyataan dan mengambil apa apa tindakan, jelas juga terbukti bahawa PAS, DAP dan PKR masih tiada kata sepakat hingga membuatkan perkara ini terjadi.

Ini rupa nak memerintah sebuah negara? Alamat hancur la semua sekali.