Rabu, 30 Mei 2012

KETELUSAN KERAJAAN SELANGOR DALAM KES PERUMAHAN EXCO KERAJAAN NEGERI

Semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato Seri Khir Toyo di Selangor dulu, ada satu kawasan perumahan yang dibina khas untuk kediaman para exco-exco kerajaan negeri.

Tujuan perumahan ini dibina adalah untuk meletakkan semua exco di satu kawasan dan ianya boleh dikatakan baik dan tepat dengan sistem penempatan berkelompok bagi exco-exco kerajaan negeri.

Tapi setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008, ada kedengaran bahawa kawasan perumahan ini akan dibida untuk jualan.

Namun pada hari ini, ianya telah menjadi satu kerugian apabila sebuah syarikat di lantik untuk menjadi syarikat penyelenggara bagi kawasan perumahan tersebut.

Kos untuk penyelenggaraan ini dikatakan mencecah kepada RM 1.95 juta setahun dan jika di bahagikan kepada 10 unit maka ianya membelanjakan sebanyak RM 195 ribu setahun bagi setiap unit dan ianya memakan belanja sebanyak RM 16'250 sebulan bagi setiap unit.

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah, adakah ianya berbaloi bagi rumah yang tidak didiami? Duit siapa yang digunakan bagi perbelanjaan ini?

Sangkakala mendapat tahu bahawa syarikat yang dilantik ini bernama Adilop Sdn Bhd, siapakah pemilik syarikat ini? Adakah syarikat ini mempunyai apa-apa hubungan dengan kerajaan negeri, dan adakah berbaloi syarikat ini menerima imbuhan sedemiikian rupa?

Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh exco perumahan dan kerajaan tempatan negeri Selangor YB Tuan Iskandar bin A.Samad atau perlu dijawab oleh YAB Menteri Besar sendiri.

Pakatan Rakyat selalu dan kerap kali mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional membelanjakan duit rakyat, adakah duit untuk perbelanjaan penyelenggaraan itu menggunakan duit Pakatan Rakyat atau menggunakan duit rakyat negeri Selangor.

Jawapn bagi soalan-soalan ini hanya mampu dijawab oleh rakyat Selangor yang di kelabukan mata mereka dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat yang jelas menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: