Isnin, 28 Mei 2012

POPULASI RAKYAT DI SELANGOR MENURUN

Sangkakala amat tertarik dengan pendedahan yang dilakukan oleh YB Khairy Jamluddin semasa debat dengan Rafizi Ramli di Dewan Karangkraf baru-baru ini. Pakatan Rakyat tidak merealisasikan menifesto mereka semasa PRU 12 yang lalu iaitu memberikan bantuan kepada kanak-kanak tadika di Selangor.

Tidak sampai seminggu selepas itu, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengishtiharkan bahawa seramai 3000 orang kanak-kanak akan diberi bantuan berupa wang sebanyak RM50 setiap seorang.

Apa yang Sangkakala rasa pelik sangat disini, kenapa 3000 orang sahaja yang menerima bantuan? Takkan Selangor yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi hanya mempunyai populasi kanak-kanak sebanyak itu?

Atau adakah kerajaan Pakatan Rakyat hanya memberikan bantuan kepada anak-anak pengikut Pakatan Rakyat di Selangor dan ianya tidak diberikan kepada kanak-kanak lain secara keseluruhanya?

Ini persoalan yang bermain-main di fikiran Sangkakala ketika ini. Jadi penduduk dan rakyat di negeri Selangor perlu memikirkan adakah ini jumlah yang ada pada hari ini ataua ada sesuatu disebalik pemberian ini.

Apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada YB Khairy yang berjaya membuka mata Pakatan Rakyat supaya jangan hanya pandai menunding jari itu dan ini kepada kerajaan sedangkan mereka sendiri tidak telus dalam pemerintahan serta tidak langsung menepati janji yang meraka taburkan.

Tiada ulasan: