Rabu, 2 Mei 2012

GEMPAR: MAJLIS PERBANDARAN TIDAK BOLEH MENERIMA PERUNTUKAN



Rafizi Ramli sekali lagi mengulangi kenyataan bodoh beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan bahawa Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat mengeluarkan peruntukan sebanyak RM 5 juta kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK).

Beliau mendakwa bahawa MPWK adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, maka dengan itu peruntukan atau bajet atau bantuan tidak boleh diberikan kepada MPWK atas alasan tersebut.

Beliau berkata begitu didalam Malaysiakini, sila klik untuk bacaan lanjut.

Jika MPWK yang di naungi oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat tidak layak menerima bantuan dari KPWM atas sebab tersebut, maka semua Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Majlis Agama dan lain-lain Majlis lagi tidak layak untuk menerima bantuan kerana semuanya tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Macam mana PKR boleh letak si badut JAMBU ni sebagai pengarah strategi parti agaknya? MPWK adalah sebuah majlis yang dianggotai oleh ketua-ketua wanita UMNO, nampaknya Rafizi tidak tahu bagaimana untuk membezakan sebuah Majlis serta sesebuah pertubuhan atau persatuan.

Untuk pengetahuan semua, MPWK adalah sama seperti Majlis Perbandaran yang mempunyai Ahli Majlis dan didaftarkan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta tidak salah untuk Kementerian memberikan peruntukan untuk Majlis ini bergerak dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan.

Tiada ulasan: