Ahad, 13 Mei 2012

HEBAT MAINAN PEMBANGKANG DENGAN MAJLIS PEGUAM




Majlis Peguam yang melakukan mesyuarat agung luar biasa pada hari jumaat lepas seolah-olah membuktikan bahawa majlis yang mendokong sistem perundangan tersebut lebih memihak kepada pembangkang serta menyokong kepada keganasan.


Ini dapat dilihat apabila presiden majlis tersebut,Lim Chee Wee telah membuat satu usul tergempar mengutuk keganasan polis semasa himpunan bersih 3.0 pada 28 april lalu. Kenapa majlis peguam mengutuk tindakan polis hingga itu dianggap sebagai satu keganasan, bukankah pihak polis sebenarnya menjaga keamanan setelah dataran merdeka diserbu oleh peserta himpunan?


Menurut Lim (kenyataan didalam Malaysiakini), majlis peguam mengutuk tindakan polis yang menggunakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air kepada peserta himpunan. Ini juga satu kenyataan bodoh dari seorang peguam yang menjadi presiden kepada peguam-peguam lain di seluruh negara, polis hanya akan melakukan tindakan-tindakan tersebut setelah mengeluarkan amaran terlebih dahulu, dan jika amaran tersebut tidak diendahkan maka tindakan yang seperti itu boleh diambil.

Agaknya Lim minta pihak polis belai kepala peserta-peserta tu macam anak kecil tak dapat AIS KRIM kot.

Satu lagi yang Sangkakala ingin tahu ialah tentang kehadiran mesyuarat agung luar biasa ini, adakah usul itu boleh dilkukan dengan kehadiran seramai 1,270 orang ahli sedangkan dalam Malaysiakini juga ada disebut bahawa keanggotaan majlis peguam ialah 14,000 orang. Angka ini menunjukkan bahawa tidak sampai 10% kehadiran daripada keahlian keseluruhan majlis peguam yang hadir.

Menurut Lim lagi, usul ini dibuat setelah majlis peguam menerima laporan dari 78 orang pemerhati yang dihantar oleh majlis peguam. Satu lagi persoalan dari Sangkakala, adakah majlis peguam memberitahu pada awalnya sebelum himpunan bahawa mereka akan menghantar wakil bagi melakukan pemerhatian sepanjang himpunan tersebut dan adakah majlis peguam menunjukkan kepada rakyat siapa wakil-wakil mereka ini? Adakah benar wakil-wakil mereka ini bebas atau wakil mereka ini sememangnya menyertai himpuanan tersebut? Kenapa sebelum himpunan dijalankan tidak ada mesyuarat tergempar supaya usul untuk menghantar wakil dibentangkan?

Minta majlis peguam jawab dengan jujur dan ikhlas, kerana ini akan menjejaskan reputasi peguam-peguam diseluruh negara.

Dalam artikel yang sama juga ada menyatakan bahawa majlis peguam meminta supaya semua anggota polis ini dikenal pasti serta didakwa. Nampaknya semua anggota polis lepas ni tidak lagi boleh menggari penjenayah kerana ianya juga nanti akan dianggap sebagai kekerasan terhadap manusia.

Apa yang Sangkakala nampak ialah, semua ini adalah mainan diantara pembangkang serta majlis peguam, kerana Sangkakala berpendapat majlis peguam mengikut telunjuk Ambiga serta Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan telah memberi isyarat kepada Azmin Ali untuk memulakan tindakan merempuh penghadang yang dibuat oleh pihak polis, dan tidak mungkin pihak majlis peguam tidak tahu tentang undang-undang negara dimana mahkamah majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan notis pengharaman berkumpul di Dataran Merdeka pada hari tersebut. 

Tiada ulasan: