Rabu, 2 Mei 2012

AZMIN DISABOTAJ OLEH PEMIMPIN PKR SENDIRI



Kini heboh diperkatakan bahawa terdapat satu adegan filem dalam bentuk video porno yang dikatakan mirip kepada wajah serta bentuk badan serta perwatakan salah seorang pemimpin tertinggi PKR iaitu Azmin haji Ali.

Dalam HarakahDaily semalam, telah dikeluarkan satu artikel penafian oleh Azmin dengan mengatakan bahawa orang yang berada didalam rakaman tersebut adalah bukan beliau, dan seperti biasa, Azmin menafikan perkara ini dengan mengatakan bahawa ianya adalah konspirasi bersiri untuk menjatuhkan beliau.

Persoalan yang Sangkakala ingin ajukan disini ialah, ayat konspirasi bersiri yang dikeluarkan oleh Azmin, jika nak dikatakan ianya adalah konspirasi bersiri, berapa kali rakaman video Azmin dikeluarkan? dan jika ianya kerapkali berlaku maka ianya boleh dikatakan bersiri, tetapi tidak juga boleh dikatakan sebagai konspirasi.

Azmin dalam kenyataan semalam dilihat tidak menjawab secara terus terang kepada media PAS tersebut dengan membawa jawapan kepada ujian DNA keatas anak beliau (yang tidak diketahui kebenarannya) dengan Shamsidar.

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, jawapan Azmin itu hanyalah untuk memesongkan soalan utama, seperti biasa Azmin yang menjadi anak didik kepada Anwar Ibrahim akan membawa soalan itu keluar dari jawapan sepatutnya.

Dalam beliau mengatakan bahawa ini adalah konspirasi bersiri UMNO, kita perlu melihat semula dimana, baru-baru ini Datuk Dr Hasan Ali yang juga merupakan bekas EXCO kerajaan negeri Selangor yang meminta Azmin memberikan jawapan sama ada anak beliau itu benar-benar anak beliau bersama Shamsidar atau pun bukam. Hasan Ali bukan ADUN BN di Selangor, beliau ialah ADUN Pakatan Haram di negeri tersebut yang selama ini menyokong penuh gabungan parti mereka.

Azmin seolah-olah sudah seperti cacing kepanasan dengan isu ini, beliau juga merasakan bahawa 'BADI' Anwar Ibrahim sudah melekat pada beliau pula hinggakan ada pihak yang memperolehi video tersebut walaupun belum di sahihkan lagi kebenarannya.

Sangkakala sebelum ini ada mendapat khabar angin dari sahabat yang mengatakan bahawa video ini dirakam oleh puak PKR sendiri yang memang tidak suka dengan Azmin Ali atas kemenangan beliau sebagai timbalan Presiden yang dikatakan tidak sah.

Sekiranya ini benar, maka Azmin memang tidak dapat melarikan diri lagi kecuali dengan cara meletakkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen serta ADUN dan cuba-cubalah mendirikan kehidupan baru bersama-sama 'ISTERI' beliau.

Tiada ulasan: