Khamis, 31 Mei 2012

APA KATA ORANG YANG PERNAH MENGATA KAK IJAT

Seperti yang Sangkakala keluarkan dalam artikel hari ini, Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia telah melepaskan bekas Senator dan juga bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

SPRM membebaskan Shahrizat setelah mendapati bahawa beliau tidak bersalah dan kes tersebut ditutup oleh SPRM.

Jadi bagaimana pula dengan individu-individu yang pernah mengata Shahrizat serta melemparkan segala tuduhan serta tohmahan terhadap beliau?

Mahukah mereka ini meminta maaf secara terbuka kepada Shahrizat? Dimana mereka akan letakkan muka mereka selaku pemimpin-pemimpin yang begitu lantang serta angkuh dalam menghentam beliau.

Bukan sahaja pembangkang malah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri telah bersuara hingga ada yang meminta Shahrizat melepaskan jawatan menteri dan ada juga yang meminta beliau melepaskan jawatan ketua wanita UMNO Malaysia.

Tapi hari ini ternyata bahawa Shahrizat tidak langsung terlibat dalam kes pemberian pinjaman oleh kerajaan kepada NFCorp yang mana ianya juga dimiliki oleh suami Shahrizat sendiri.

Kepada Rafizi yang begitu berani menuduh Shahrizat berkenaan kes tersebut, sekarang Rafizi perlu berhadapan bukan sahaja dengan tindakan undang-undang oleh Shahrizat, malah juga undang-undang dibawah akta BAFIA, kerana telah memaparkan laporan kewangan NFCorp kepada umum.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: