Ahad, 6 Mei 2012

APA PULAK KATA MAJLIS SYURA PAS

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengeluarkan fatwa bahawasanya umat Islam yang berhimpun dan mendatangkan huru hara adalah haram.

Majlis Fatwa bersependapat begitu berikutan sekarang ini rakyat telah diperlihatkan dengan demonstrasi yang membawa kepada kemusnahan harta benda awam serta kerosakan yang melampau.

Pada 28/4 yang lalu, perhimpunan BERSIH yang diketuai oleh S.Ambiga telah menjadi huru-hara.

Lebih mengejutkan lagi apabila PAS yang mengatakan bahawa mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam merestui pengikut-pengikut mereka menjadi ala-ala pengganas yang bertindak menyerang anggota polis.

Nik Aziz Nik Mat, selaku mursyidul am PAS juga telah mengakui bahawa PAS ada memberikan sumbangan berupa wang kepada para peserta bagi menghadiri perhimpunan tersebut, ini jelas menunjukkan PAS manyokong himpunan yang diharamkan oleh Majlis Fatwa ini.

Yang menghairankan ialah, adakah ulamak-ulamak didalam PAS tidak mengetahui bahawa himpunan ini boleh menjadi haram apabila ianya membawa kepada kemudaratan bukan hanya terhadap peserta, pihak berkuasa malah kepada para peniaga di sekitar kawasan tersebut.

Sangkakala harap selepas ini tidak akan ada lagi himpunan seperti ini setelah kita semua mengetahui bahawa ianya adalah haram.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: