Selasa, 1 Mei 2012

ANWAR DAN AZMIN JANGAN CUBA BERDOLAK DALIK LAGI


Inilah dia Anwar Ibrahim serta PKR, jika dilihat dari riak muka Azmin Ali semasa persoalan diajukan oleh Benji, muka beliau melihatkan seperti tidak puas hati dengan pemuda ini. Benji mungkin selama ini merasakan bahawa perjuangan PKR yang dibawa oleh Anwar adalah benar, tetapi keadaan sebaliknya berlaku.

Untuk pengetahuan semua, anak muda ini berada dalam himpunan BERSIH dan beliau juga adalah salah seorang peserta himpunan tersebut, tetapi apabila beliau membuat pertanyaan dan ianya mungkin adalah dari atau pemikiran peserta beliau telah dihalau keluar dan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertanyaan serta kemushkilan lagi.

Sangkakala yakin dan percaya bahawa anak muda ini telah merasa insaf dan sedar bahawa beliau telah tersilap dengan menyertai BERSIH yang pada mulanya dikatakan hanya bantahan sambil duduk, tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Beberapa anggota polis tercedera dan kini dirawat dihospital akibat dari hasutan yang dilakukan oleh Anwar semasa himpunan tersebut.



Kita lihat pula cara Anwar memberikan isyarat kepada Azmin Ali untuk para peserta merempuh sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, walau pun Azmin menafikan perkara tersebut dengan mengatakan bahawa ianya adalah isyarat supaya Azmin berunding dengan pihak keselamata bagi membenarkan mereka masuk ke Dataran Merdeka, ini tidak boleh diterima pakai kerana, sebaik sahaja Azmin turun dari tempat beliau berdiri, peserta-peserta terus merempuh halangan, adakah itu yang dikatakan oleh Azmin isyarat untuk berunding?

Kita telah menyaksikan bahawa Anwar dan Azmin adalah dalang dalam rempuhan ini, manakala Ambiga dan A.Samad Said pula adalah pengarah untuk menghimpunkan peserta keganasan. Jadi kesemua mereka ini perlu diheret ke muka pengadilan supaya apa yang dilakukan oleh mereka diadili dan keadilan dapat diberikan kepada mangsa-mangsa keganasan pada hari tersebut.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam perjuangan.. Sy sudah follow blog & link kan blog anda di blog sy http://merahmato.blogspot.com harap tuan blog yang dihormati dapat follow sy dan link kan blog sy di blog tuan. tks

sangkakala berkata...

Salam perjuangan, terima kasih kerana mengikuti blog Sangkakalajari9, blog anda akan saya link kan ke blog ini, harap dapat berkongsi maklumat dalam meneruskan perjuangan.