Rabu, 9 Mei 2012

KHALID ISMATH TERSALAH LANGKAH




Khalid Ismath, mahasiswa yang dikatakan telah menendang seorang anggota polis trafik semasa himpunan BERSIH di Kuala Lumpur berhasrat untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo kerana kedua-dua akhbar tersebut dikatakan mengeluarkan gambar beliau semasa kejadian berkenaan.

Khalid kini dikatakan berbincang dengan peguam beliau bagi menyaman akhbar tersebut, beliau mendakwa dengan pendedahan gambar tersebut reputasi beliau sebagai seorang pelajar  dan maruah keluarga beliau tercemar.

Beliau juga mendakwa dengan tersebarnya gambar beliau di dada akhbar keluarga beliau yang sememangnya di kenali sebagai keluarga baik-baik telah menerima tekanan dari masyarakat.

Sangkakala berpendapat bahawa anak muda ini sekarang merasa amat terkilan kerana telah mengikuti telunjuk pembangkang dengan mengadakan demonstrasi aman yang bertukar ganas pada hari tersebut.

Gambar beliau yang secara terang dan jelas ditunjukkan di dalam akhbar tersebut boleh menjadi bukti untuk pihak polis mengambil tindakan terhadap beliau.

2 ulasan:

pakwadin berkata...

Silakan lah saman- awak ingat dunia tak tau peragai keluarga wak ke sama saja anak dengan mak-mak awak tak nak saman samaka? samanlah sekali dengan rakan di Media lain termasuk diarus perdana dan altanetif-kan kamu dan keluarga sahabat baik Suhakam dan Majlis Peguam-dapat banyak duit tu dan boleh lah bayak balik pinjaman PTPN yang hang pinjam tu-dasar tak sedak diri-kalau org tendang bapak hang macam tu apa hang rasa khalid

window cleaner berkata...

Aku rasa nak lempang jer budak ni..memang kurang ajar. Dapat kat adik beradik polis tu aku rasa harus budak ni kena kerja sampai....