Ahad, 13 Mei 2012

NIK AZIZ TERKEJUT DENGAN KEHADIRAN RATUSAN RIBU AHLI UMNO DI BUKIT JALIL




Nik Aziz Nik Mat dikatakan telah mengeluarkan kenyataan di kediaman Menteri Besar Kelantan pagi ini bahawa PAS mengumumkan bahawa parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat.

Berita ini yang telah heboh diperkatakan didalam laman-laman sosial seperti FB dan Twitter amat mengejutkan pihak pengikut PAS. Ada yang mengatakan bahawa kenyataan Nik Aziz tersebut ada berhubungkait dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden DAP semalam.

Maklumat yang Sangkakala terima pula mengatakan bahawa Nik Aziz sebenarnya telah muak dengan permainan DAP yang dilihat semakin memperkotak-katikkan agama Islam yang selama ini menjadi pegangan PAS.

Bagi Sangkakala pula, kemungkinan besar Nik Aziz mengeluarkan kenyataan ini adalah kerana beliau merasa terkejut dengan kehadiran orang-orang UMNO semasa himpunan sambutan 66 tahun UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kehadiran ratusan ribu orang UMNO di stadium tersebut mungkin juga telah membuatkan Nik Aziz merasakan bahawa tidak perlu lagi PAS bersama-sama dengan DAP yang dilihat tidak menghormati pendiriran PAS dan kesucian agama Islam.

Nik Aziz juga merasakan bahawa Pakatan Rakyat tidak mungkin akan memenangi parlimen Malaysia seterusnya menakluki PutraJaya dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat dalam menyokong kerajaan yang ada pada hari ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalu dia guna otak hok.., dah lamaa dah PAS tak join PAKATAN.. Pakatan aper kalau hal dasar pun belum ada kesepakatan.! Takkan Poknik baru nak cerdik hari ni jer..?

Tanpa Nama berkata...

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat ,apa kata TGNA dan TGHA buat kejutan dengan mengumumkan bahawa PAS keluar Pakatan Rakyat demi menjaga kesucian Islam dan demi orang Melayu .Seterusnya mereka mengistiharkan bahawa PAS dan UMNO akan bekerjasama demi Islam,Melayu dan juga negara tercinta ini.Tidak rugi kalau dapat buat jasa kepada Ummah sebelum kedua-dua mata terpejam terus.Berubahlah wahai TGNA dan TGHA. Tiada apa yang hendak dikesalkan kerana ia adalah satu jihat dan satu pengorbanan.Letaklah kepentingan parti no.4 iaitu selepas Islam, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu.