Jumaat, 2 Februari 2018

UCAPAN TAHNIAH BUAT TUN MAHATHIR DAN TAKZIAH BUAT PAKATAN HARAPAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Sangkakala ingin merakamkan setinggi tinggi tahniah buat Tun Mahathir Muhamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menjadi kerajaan selepas Pilihanraya Umum yang akan datang.


Ucapan ini sebenarnya bersesuaian dengan beliau yang berjaya menenggelamkan aura atau semangat 'Reformasi' yang diilhamkan oleh PKR selepas pemecatan dan penahanan Anwar Ibrahim di zaman Tun Mahathir.

Tun Mahathir mengambil masa hampir 20 tahun untuk membenam gerakan penentangan terhadap beliau oleh keluarga dan pengikut setia Anwar dan dalam sekelip mata, Pakatan yang dulunya menentang Tun Mahathir dapat dijinakkan.

Tentang hal ini Sangkakala memuji kebijaksanaan Tun Mahathir dalam menyusun gerakan membunuh karier penentang penentang beliau semasa menjadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.

Tapi Sangkakala juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada pengikut Anwar yang dulunya bermati matian turun ke jalan raya berdemonstrasi menentang kezaliman Tun Mahathir terhadap Anwar.

Adakah pengikut pengikut Anwar kini berasa selesa dengan kehadiran orang yang ditentang puluhan tahun dahulu? Adakah mereka terpaksa melupakan apa yang diperjuangkan sehingga ada dikalangan mereka yang merengkok dalam penjara sebagai tahanan ISA semata mata untuk menaikkan Mukhriz menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir nanti? Atau adakah mereka bakal berhadapan dengan satu lagi gerakan apabila Tun Mahathir meletakkan Mukhriz sebagai pengganti beliau?

Umum mengetahui bagaimana licik politik Mahathir yang mempu untuk menenggelamkan gerakan reformasi dan tidak mustahil kelicikan itu juga akan digunakan jika berjaya menjadi Perdana Menteri.

Adalah tidak mustahil ISA dikembalikan dan sesiapa yang menetang beliau akan menerima nasib sama seperti mana beliau memerintah selama 22 tahun dulu.




Tiada ulasan: