Khamis, 8 Februari 2018

CUKAI TAKSIRAN PUNCA PENDAPATAN UTAMA KERAJAAN SELANGOR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Dalam dua tiga hari ni Sangkakala tengok kecoh dalam laman sosial serta berita berita tenpatan mengatakan tentang kenaikan cukai taksiran atau cukai pintu di negeri Selangor sebanyak lebih 400% berbanding tahun sebelumnya.

Untuk makluman, perkara ini telah lana berlaku di kawasan kawasan lain dan kali ini ianya berlaku di Kuala Langat yang membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Kuala Langat.

Bayangkan sebuah kawasan yang masih lagi di bawah penguasaan Majlis Daerah sudah mengenakan cukai sebanyak ribuan ringgit, dan kalau ianya bertaraf Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya ada kemungkinan perkara tersebut tidak berapa dipedulikan namun kenaikan mendadak seperti itu tidak seharusnya berlaku.


Kerajaan Selangor kerap kali mengatakan bahawa kerajaan pusat membebankan rakyat dengan cukai dan paling ketara mereka mengatakan bahawa cukai GST menyusahkan rakyat.

Bagaimana pula dengan kenaikan cukai taksiran sebanyak 400% yang dikenakan oleh kerajaan Selangor? Adakah ianya tidak melibatkan rakyat? Adakah ianya dikenakan kepada individu tertentu dan adakah wang hasil cukai taksiran ini diberikan semula kepada rakyat?

Jika kerajaan Selangor mengatakan bahawa hasil cukai ini disalurkan semula kepada rakyat, maka ianya adalah satu pembohongan semata mata kerana, bantuan KISS hanyalah diberikan kepada mereka yang berumur 60 tahun keatas yang tidak menerima apa apa bantuan dari mana mana sumber kerajaan mahupun agensi dan bantuan tersebut hanya diberikan kepada 500 orang penerima bagi setiap DUN.

Untuk Tabung Anak Warisan Selangor atau TAWAS pula, ianya bukanlah diberikan selepas bayi berkenaan lahir, mereka perlu menunggu sehingga berumur 18 tahun barulah wang tersebut dikeluarkan.

Jadi apa kegunaan wang hasil dari cukai taksiran yang dinaikkan? Adakah ianya digunakan untuk menambah rizab kerajaan negeri yang sebenarnya sudah semakin berkurangan akibat keborosan kerajaan Selangor dalam menguruskan sumber pendapatan kerajaan negeri?

Kerajaan negeri Selangor sebenarnya bukanlah sebuah kerajaan Peduli Rakyat seperti mana yang disebut malah mereka ini ( kerajaan Selangor ) sebenarnya yang menyusahkan rakyat negeri Selangor.


Tiada ulasan: