Isnin, 23 Mei 2016

#PRKSGBESAR MENTERI BESAR SELANGOR BAKAL DITUKAR LAGI @NohOmar @NajibRazak #scs

Menurut dari apa yang dikatakan oleh Hanisya Abd Hamid, Timbalan Presiden Gagasan Solidariti Rakyat Selangor, Timbalan Presiden PKR yang merupakan Menteri Besar Selangor kini tidak lagi mendapat sokongan dari akar umbi.


Dari apa yang diperkatakan oleh timbalan presiden NGO ini, Sangkakala terfikir adakah akan berlaku lagi penukaran Menteri Besar di Selangor sepertimana yang berlaku keatas Khalid Ibrahim satu masa dulu.

Dan kalau perkara ini berlaku maka ianya akan menjadi sejarah apabila dalam 1 penggal pilihanraya, dua kali penukaran Menteri Besar berlaku.

Azmin Ali dikatakan selalu membuat keputusan dengan membelakangkan Wan Azizah selaku Presiden PKR.

Sangkakala pula melihat dari sudut yangain dimana Azmin kini sudah mula berlatih untuk menjadi presiden dalam pemilihan PKR akan datang dimana sudah pasti Azmin akan mengambil alih jawatan berkenaan dan menghumban Wan Azizah dari kerusi Presiden.

Mungkin juga sebab perkara ini maka baru baru ini Rafizi Ramli telah mendedahkan bahawa ada habuan wang dan perempuan sekiranya mahu berurusan dengan kerajaan Selangor.

Kita semua tahu bahawa cara Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar adalah dengan cara yang jijik dimana dalam kemelut memilih Menteri Besar maka Azmin terus mengadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor dan.mengangkat diri beliau sebagai Menteri Besar.

Jadi kepada orang orang PKR diluar sana, pakatan di Selangor kini adalah pakatan Azmin dan bukannya pakatan seperti mana yang diharapkan.



Tiada ulasan: