Sabtu, 21 Mei 2016

CERITA SAMPAH !! KERAJAAN TAK AMBIL TINDAKAN !! #scs @NohOmar

Masa permulaan Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor selepas pemecatan YB Tan Sri Khalid Ibrahim satu ketika dulu, beliau ada mengatakan bahawa jika ternampak sampah tidak diangkut atau dibiarkan, mereka boleh menghubungi beliau untuk membuat laporan.

Tapi kini nampaknya seruan tersebut hanyalah omongan kosong semata mata memandangkan gejala pembuangan sampah ini begitu berleluasa hingga mengakibatkan kekotoran melampau di pelbagai tempat.


ADUN Batang Kali tidak ketinggalan meluahkan kekesalan terhadap kerajaan negeri yang dilihat tidak mengambil endah perkara perkara berkaitan dengan sampah ni.

Seperti gambar yang Sangkakala masukkan diatas, sampah dibuang berhampiran dengan sungai dan ini sekaligus menjadi pencemaran dan tidak sepatutnya perkara ini berlaku.

Tapi macam biasa, mana ada janji pakatan yang boleh digunapakai sehingga kini, harap berjanji, macam macam boleh diberikan dan boleh dijadikan halwa telinga demi sebuah kuasa.



Tiada ulasan: