Sabtu, 21 Mei 2016

#prksgbesar ADAKAH ARAHAN HAJI HADI AKAN DIKHIANATI ??? @NajibRazak @NohOmar #scs

Kepimpinan tertinggi PAS telah menyatakan bahawa parti tersebut akan meletakkan calon di pilihanraya kecil Parlimen Sg Besar pada 18 Jun nanti.


Pada masa yang sama, kita juga telah melihat bahawa ada ugutan telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang mendesak sekiranya PAS bertanding maka EXCO Kerajaan negeri Selangor mewakili PAS akan dipecat atau meletakkan jawatan.

Persoalannya sekarang, adakah PAS Selangor akan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh PAS pusat apatah lagi ianya dikeluarkan oleh Presiden PAS sendiri.

Sangkakala melihat kepada satu situasi dimana pada kebiasaannya manusia akan melebihkan jawatan berbanding dengan perjuangan serta maruah parti.

Dan dalam kes ini kita semua sudah biasa melihat bagaimana PAS melakukan U-turn tanpa memberikan signal.

Dalam ertikata lain, kedudukan PAS di Selangor sebenarnya amat kuat kerana memandangkan kedudukan kerusi yang melebihi PKR yang menjawat jawatan Menteri Besar.

Maruah ini sebenarnya akan lebih tercalar jika PAS terus mengikut rentak PKR tambahan pula Azmin Ali yang dilihat memberikan kelebihan melampau kepada DAP yang memiliki kerusi sama macam PAS.

Cuma sekarang kita melihat kepada sejauh mana maruah PAS akan dijaga atau dicalarkan oleh pemimpin PAS negeri Selangor.



Tiada ulasan: