Ahad, 29 Mei 2016

#prksgbesar #prkkualakangsar SYED ROSLI MEMALUKAN SELURUH KETURUNAN SYED #scs

Bekas lawan kepada YB Khairy Jamaluddin, Syed Rosli nampaknya tak sudah sudah memalukan keturunan 'SYED' yang ada dalan negara.

Pernah mengeluarkan kenyataan supaya 'GANJA' dibenarkan penggunaannya di Malaysia jelas menunjukkan betapa jumudnyanya lelaki yang bernama Syed Rosli.


Jelas menunjukkan bahawa Syed Rosli bukan seorang yang ada akal atau ada pelajaran sehingga meminta kerajaan membenarkan penggunaan ganja kononnya untuk meredakan tekanan kos sara hidup.

Adakah mungkin Syed Rosli salah seorang penghisap ganja hingga mengatakan bahawa ganja mampu menghilangkan stress.

Kita lupakan sejenak perkara tersebut, hari ini sekali lagi Syed Rosli memalukan keturunannya apabila menghamburkan kata kata jelek menerusi laman facebook beliau memaki hamun calon PRK Kuala Kangsar dan pemilik akaun facebook yang lain.


Rupanya ada hikmah kekalahan tanpa mendapat undi semasa bertanding menentang Khairy Jamaluddin dulu, kalau menang sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, sudah pasti seluruh organisasi pemuda akan mendapat malu dengan perangai biadap Syed Rosli.

Benar kata seorang veteran kepada Sangkakala, jika dah nampak kilatnya kaca, jangan dicanai menjadi permata.

Rupanya memang betul, Syed Rosli seumpana kaca, jika dicanai sudah pasti menempah petaka.



Tiada ulasan: