Rabu, 11 Mei 2016

KP FINAS GUNA MALAYSIAKINI BANTU KEMPEN KEKALKAN JAWATAN @NajibRazak #scs

Dalam usaha Kamil Othman untuk melobi untuk disambung kontrak beliau sebagai Ketua Pengarah Finas dia menggunakan segala jentera media termasuk Malaysiakini yang kita sudah tahu pendiriannya terhadap kerajaan.


Malaysiakini bersama penyokong penyokong anti establishment dan chauvinist berkempen untuk memastikan agenda mereka diteruskan iaitu menguburkan agenda pemerkasaan bumiputera di dalam ekonomi khususnya orang melayu.

Satu contoh yang jelas Kamil Othman pernah mencadangkan agar Syarat Wajib Tayang bagi industri filem dihapuskan bermaksud utk membuang insentif kerajaan memastikan filem terbitan tempatan mendapat slot tayangan di panggung wayang.

Akibat desakan Persatuan Filem maka Kamil terpaksa menarik hasrat itu.

Salah satu pencapaian wajib ketua pengarah atau mana mana agensi kerajaan ialah agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera.

Kamil tidak maklum dan perihatin mengenai agenda ini. Buktinya tahun 2015 Finas tidak mempunyai pencapaian yg baik dalam agenda pemerkasaan ekonomi bimiputera.

Kenapa ini berlaku? Ini kerana sikap, worldview liberal dan kecenderungan Kamil Othman kepada agenda pembangkang. Lihatlah siapa penyokong penyokong setia Kamil Othman.

Penyokong penyokong setia Kamil Othman adalah penyokong tegar kerajaan yang menghentam Perdana Menteri dan mendesak Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Satu yang lebih jelas Kamil secara terbuka menyokong kempen Azmin Ali dengan menganjurkan Tayangan Wayang Pacak Polis Evo di program kempen Azmin Ali di Ampang Jaya baru baru ini.

Oleh yang demikian Kamil Otman sememangnya tidak layak untuk memimpin organisasi kerajaan seperti Finas. Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato Seri Salleh Keruak dan Dato Khusairi Talib Pengerusi Finas tidak perlu mendukung biawak hidup ini yang memberikan kesan buruk pada masa hadapan bangsa dan negara.


Tiada ulasan: