Jumaat, 4 Disember 2015

SIAPA KATA TUN M TAK PERNAH GAGAL ?? @NajibRazak

Kegagalan Tun Mahathir sebenarnya apabila beliau melepaskan jawatan disaat rakyat Malaysia betul2 mengharapkan beliau memimpin hingga tahun 2020.

Tapi apabila beliau meletakkan Pak Lah sebagai ganti, maka seluruh ahli UMNO dan majoriti rakyat Malaysia menerima peralihan yang dilakukan hingga kita menang majoriti besar pada pru 11.

Tapi selepas itu bermulalah serangan terhadap Pak Lah hingga Pak Lah melepaskan jawatan kemudian diganti pula dengan DS Najib Razak.

Dan pada PRU 13 menyaksikan peningkatan kerusi parlimen milik UMNO dibawah pentadbiran DS Najib dan kini DS Najib pula diserang hebat.

Adakah Tun M tidak mahu melihat bahawa ada pemimpin selepas beliau lebih berjaya dari apa yang beliau telah lakukan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Sebagai contoh, Pak Lah diserang ketika Barisan Nasional kuat pada PRU 11 hingga melihatkan BN kehilangan 4 buah negeri selain dari Kelantan yang memang dimiliki oleh PAS.

Kemudian diganti pula dengan DS Najib, apabila Najib mewujudkan 1MDB dan bakal disenaraikan dalam bursa saham serta memiliki beberapa power plant yang mampu memberikan keuntungan jangka panjang kepada kerajaan serta rakyat maka serangan keatas Najib pula dilakukan.

Persoalan disini, kenapa Tun M tidak terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga sekarang sedangkan sekarang beliau masih lagi bertenaga?

Percaya atau tidak, jika Tun M masih menjadi Perdana Menteri hingga sekarang, maka serangan keatas beliau mungkin lebih hebat kerana tiada batasan dalam pelaporan media sosial yang tidak bersempadan.

Adalah lebih baik Tun M membantu untuk penambah baikan, bukannya lebih merosakkan.

Jangan jadi langau yang membusukkan daging, tapi jadilah garam yang mampu untuk mengawet daging tersebut.




Tiada ulasan: