Selasa, 15 Disember 2015

KEMANA @AzminAli DIKALA RAKYAT SELANGOR DALAM KESUSAHAN ??

Semalam beberapa kawasan di Selangor seperti Kuala Selangor, Meru, Kapar, Sepang dan Subang telah dilanja banjir dan ada dikawasan kawasan seperti di Kapar, mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir untuk keselamatan mereka.

Sejak semalam hinggalah ke hari ini, Sangkakala tidak lagi melihat atau mendengar Azmin Ali selaku Menteri Besar melakukan lawatan untuk meninjau permasaalahan mereka mereka yang terlibat.


Adakah Azmin terlalu sibuk melayan menantu yang baru sahaja diterima oleh beliau baru baru ini atau terlalu sibuk melihat pingat yang dianugerahkan oleh Sultan Selangor kepada beliau ataupun menggilap piala bola sepak yang dimenangi oleh Selangor baru baru ini.

Pada awalnya dulu semasa mula mula menaiki kerusi Menteri Besar, Azmin turun ke kawasan kawasan hingga turun ke dalam parit untuk menunjukkan bahawa beliau adalah Menteri Besae yanhlg kuat berkerja demi rakyat.

Namun kini itu semua hanyalah khayalan semata mata untuk menunjukkan bahawa beliau amat perihatin sedangkan kini apabila rakyat berada dalam kesusahan dilanda banjir, batang hidung Azmin langsung tidak kelihatan.

Usah kata melawat mangsa yang tidak berapa terjejas, yang berada dipusat pemindahan juga tidak dijengah bertanya khabar berita.

Ini rupa Menteri Besar yang diagung agungkan oleh pengikut PKR dan PAS serta PAN hingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk melihat kemenangan pakatan rakyat yang dahulunya dan kini dikenali sebagai pakatan harapan yang jelas mengecewakan harapan rakyat Selangor terutamanya mereka yang terlibat dengan musibah banjir.

Sedarlah wahai rakyat Selangor, kalian semua telah digula gulakan oleh puak puak pakatan yang hanya mahukan kuasa.



Tiada ulasan: