Khamis, 10 Disember 2015

RAMAI JADI GILA BILA @NajibRazak SEBUT PERKATAAN GENTLEMAN

Kesian pula Sangkakala tengok pada sesetengah pentaksub yang seolah olah hilang akal apabila Presiden UMNO Malaysia mengatakan bahawa dirinya 'GENTLEMAN'.


Tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa Najib Razak retorik dengan mengatakan bahawa beliau gentleman sedangkan Timbalan Presiden dan Naib Presiden serta ahli MT pusat tidak dibenarkan berucap dan itu menunjukkan bahawa Najib takut untuk memberikan kebenaran tersebut.

Tapi mungkin dikalangan mereka mereka yang jadi gila ini terlupa bahawa keputusan untuk hanya Presiden berucap sewaktu penggulungan adalah keputusan Majlis Tertinggi parti yang sudah pastinya bukan Dato Sri Najib seorang.

Apa yang disebut sebagai gentleman adalah apabila beliau bersedia untuk berjumpa dan bertentang mata dengan mereka mereka yang cuba untuk menjatuhkan beliau serta berunding tentang permasaalahan.

Jadi disitu sahaja sudah terbukti bahawa beliau gentleman dan seharusnya disahut oleh mereka mereka yang merasakan ada ketidak puasan dalam hati masing masing.

Jadi disini tidak timbul sama sekali mengatakan bahawa Najib tidak memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk berbincang.

Satu lagi tentang Tun Mahathir, beliau sendiri dikatakan ada menyatakan bahawa Najib ada melakukan pertemuan dengan beliau dan menanyakan apa yang beliau kehendaki.

Dan Tun Mahathir sendiri ada menyatakan beberapa projek untuk dilaksanakan dan kemudian ditolak oleh Tun Mahathir sendiri kononnya melihat Najib Razak ingun memberikan sogokan kepada beliau.

Kenyataan ini sebenarnya lebih retorik dimana jika benar projek berimpak tinggi diminta oleh Tun Mahathir untuk dilaksanakan ini ditarik semula oleh beliau.

Persoalan utama disini, adakah projek itu ditarik balik atau Najib tidak bersetuju dengan projek berkenaan yang dilihat tidak menguntungkan semua pihak namun ianya menguntungkan satu pihak sahaja hingga membuatkan Tun Mahathir bertambah kuat menghentam kepimpinan Najib pada hari ini.

Jadi sama samalah kita fikirkan rasional tentang apa yang berlaku dan seharusnya semua ahli UMNO bersatu dalam memajuka  parti yang menunjangi kerajaan.




Tiada ulasan: