Jumaat, 4 September 2015

PEMIMPIN PAS KINI RAMAI BERSEKEDUDUKAN

Selepas penubuhan Parti Amanah Negara yang diwujudkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS nampaknya ramai dikalangan bekas pemimpin parti PAS kini bersekedudukan.

Ini disebabkan oleh BAI'AH yang dilafazkan oleh mereka sewaktu menjadi calon dimana menurut maklumat jika mereka lompat parti maka tertalaklah isteri mereka dengan talak 3.


Dalam keratan akhbar diatas, Dr Hatta Ramli disahkan gugur talak 3 keatas isterinya diakibatkan oleh bai'ah berkenaan setelah beliau menyertai Parti Amanah Negara yang diilhamkan oleh Mat Sabu.

Ini semua adalah pemimpin yang mengatakan bahawa mereka membawa panji panji perjuangan kerajaan Islam yang mana Sangkakala lihat lebih mementingkan diri berbanding dengan apa yang dituntut oleh Allah SWT.

Memang benar tidak berdosa jika berlaku penceraian tetapi Allah pernah bersabda bahawa perkara halal yang paling dibenci oleh Nya adalah talak.

Tetapi jelas kita dapat lihat bahawa talak ini menjadi permainan dalam PAS kerana pemimpin mereka ini sanggup mempermainkan perkara paling dibenci oleh Allah SWT.

Adakah ini yang dikatakan memperjuangkan Islam sedangkan isteri yang selama ini menjaga mereka siang dan malam dinafikan haknya hanya kerana sebuah jawatan di dunia??

Pengikut pengikut PAS hari ini perlu sedar bahawa apa yang diikuti oleh mereka kini jelas terpesong jauh.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isu sumpah bai'ah ni bukan masalah sumpah sahaja.
1. Sumpah, bila ada yg dieasa lbh baik, boleh bayar kaffarah.
2. Bai'ah, nak melepaskan diri dr bai'ah, kena dptkan pelepasan dr kumpulan yg dibai'ahkan.
3. Cerai taklik talak 3 sekaligus, yg ni kena rujuk mahkamah syari'ah.

Tu kaedah yg betulnya.

Rumpun Bangsa berkata...

Berat puak ni, ikut hudud x?

Tanpa Nama berkata...

Hari2 berzina dlm rumah sendiri...
dosa kecik je??