Rabu, 22 Julai 2015

TIGA WAKIL RAKYAT PAS SERTAI GHB !!! BAI'AH JADI SANDARAN

Tiga Wakil Rakyat PAS di Selangor menyatakan pendirian bahawa mereka akan menyertai Gabungan Harapan Baru yang mengikut aliran PR selepas PAS mengisytiharkan bahawa mereka tidak lagi bersama sama dengan DAP.


Mereka terdiri daripada YB Hasnul Baharuddin ( Morib ), YB Saari Sungip ( Hulu Klang) dan seorang Ahli Parlimen dari Kota Raja, YB Siti Mariah.

Hasnul Baharuddin yang kini masih digantung keahliannya mengatakan bahawa PAS sudah berpatah balik ke belakang apabila meminggirkan dan membuang pemimpin berwibawa.

Bagi Sangkakala pula, apabila nafsu untuk memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat menguasai diri, maka calon PAS ini telah mengkhianati parti sendiri.

PAS tidak lagi mahu bersama dengan DAP yang dilihat telah banyak kali mengeluarkan kenyataan menghina kepimpinan PAS termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Persoalannya sekarang ialah dua orang ADUN PAS yang membuat pengisytiharan menyertai GHB.

Menurut maklumat, sesiapa yang keluar dari PAS maka jatuh talak tiga terhadap isteri masing masing.

Adakah kedua dua ADUN ini terlepas daripada apa yang di Bai'ahkan oleh mereka semasa menjadi calon dulu?

Apa yang berlaku sebenarnya, kedua dua ADUN ini telah lari dari perjuangan mereka sendiri apabila nafsu kekuasaan mengawal hati dan minda mereka.

Dan kini yang terkontang kanting adalah rakyat dalam kawasan apabila mandat yang mereka berikan telah dilacurkan oleh kedua dua ADUN mereka sendiri.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baru pas tau hati budi 3 ekor lakhanat ni...

Tanpa Nama berkata...

semasa menyertai pas, apakah pandangan mereka kepada pas? apakah yang berbeza sekarang berbanding pas dulu? mereka lebih wala kepada dap berbanding parti yang mereka sertai sejak sekian lama. pasal baiah, biarlah mereka tanggung sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kita tgk undi baru thadap dia org. Dia disokong jerna Pas not as individual.

Tanpa Nama berkata...

Dari segi agama dan moral...PAS berjaya meminggirkan golongan munafik dan pemuja peliwat dari Parti...

Tanpa Nama berkata...

Mereka boleh menarik bai'ah yg dibuat dgn PAs sblum ni. Untuk megelakkan kecelakaan atau apa pun yg tidak baik blaku atas mereka. Bai'ah akan terikat jika mereka tidak menarik balik. Kerana Bai'ah akn membawa keburukkan kepada mereka..mereka tok lebai dan org cerdik pandai jugak. Bukannya mereka tak tau benda2 macam ni. Pengajaran pada diri, jgn buat sesuka hati dgn brbai'ah. Manusia ini boleh berubah dalam skelip mata je. Itu kerana kita hnya manusia yang lemah di sisiNya. Mereka boleh keluar paS krn Pas bermasalah pada mereka. Jd apa salah mereka.?
Setiap parti politik akan kata mereka yg betul kpd ahlinya. Dah mereka kata pAs ni tak betul.. Jd biarlah mereka buat parti yg mrk suka.. Kononnya lebih islamik dr.islam yg dibawa oleh PaS..