Selasa, 21 Julai 2015

TIMBUNAN SAMPAH DI TANAH PERKUBURAN !! ADUN PAYA JARAS DIAMKAN DIRI

Kawasan tanah perkuburan Bandar Baru Sungai Buloh di penuhi dengan sampah akibat dari pembuangan sampah haram di kawasan berkenaan.

Sangkakala terbaca dalam facebook mengenai perkara tersebut dimana seorang pengguna telah memuat naik gambar di tanah perkuburan tersebut.


Kalau nak diikutkan, longgokan sampah ini tak mungkin akan berlaku dalam masa seminggu dan ini sudah pasti memerlukan masa yang agak panjang barulah longgokan sebanyak itu mampu dihasilkan.

Persoalannya disini, kemana ADUN Paya Jaras? Takkan tiada langsung laporan dibuat dan kenapa tiada tindakan diambil? 

Semua maklum bahawa ADUN Paya Jaras kini bukanlah orang yang menetap dalam kawasan dan perkara perkara ini kemungkinan besar tidak sampai ke pengetahuan beliau.

Tapi itu sebenarnya bukanlah alasan bagi seorang wakil rakyat. Apa yang perlu ialah kebajikan rakyat perlu diambil kira.

Ada juga nanti yang mengatakan bahawa tanah wakaf ini adalah dibawah penyelenggaraan Majlis Agama Islam Selangor atau JAIS.

Itu juga bukan alasan, bagi seorang wakil rakyat, setiap perkara perlu diambil kira, bukan merujuk siapa atau mana mana badan sebagai pengurusan maka perkara tersebut dibirkan sahaja.

Ini le akibat apabila seorang wakil rakyat tidak berada dalam kawasan serta mengharapkan pegawai pegawai melaksanakan tugas bagi pihak beliau.



Tiada ulasan: