Rabu, 8 Julai 2015

#supportfgv #sahabatfgv #fgv MAZLAN ALIMAN DAH MULA KELAM KABUT BILA FGV DAN FELDA BAGI DIVIDEN

Semalam YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa setiap peneroka dan pelabur akan menerima dividen dari FELDA dan FGV.

Hari ini Mazlan Aliman pulak mengeluarkan kenyataan media kononnya berduka cita dan kesal atas keputusan Felda apabila ada sebahagian daripada peneroka tidak tersenarai sebagai penerima dividen tersebut.


*****************************************

Baca dulu kenyataan akhbar Mazlan Aliman dibawah

KENYATAAN MEDIA
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) dukacita dan kesal atas keputusan Felda yang tidak menyenaraikan 13,947 orang peneroka Felda dari memperolehi dividen FGV dan insentif hariraya berjumlah RM900 sepertimana di umumkan YAB Perdana Menteri semalam di Felda Pasoh 1. Insentif ini akan dibayar pada 13 julai ini.

Ianya mengulangi diskriminasi yang sama seperti tahun lalu, di mana peneroka yang tidak bersama Feda dan mengambil tindakan saman terhadap Felda, dinafikan insentif yang sama sebanyak RM 947.78. 

Meskipun memorandum kepada SUHAKAM bertarikh 11 september 2014 oleh para peneroka telah dilakukan, ia gagal mengubah pendirian Felda yang disifatkan sebagai zalim dan balas dendam.

Untuk rekod, peneroka yang tidak bersama Felda atau dengan kata lain melaksanakan tanam semula secara persendirian adalah sebahagian kecil dari para peneroka yang berdikari dan gigih mengusahakan kebun 10 ekar milik mereka. 

Namun, sebahagian besar dari kelompok ini masih menghantar Buah Tandan Segar(BTS) ke kilang sawit Felda. 

Jika mereka bertindak menyaman Felda dalam kes Kadar Perahan Gred(KPG), ia adalah hak peneroka yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Ini kerana usaha dan rundingan telah menemui jalan buntu, manakala ketidak adilan dalam kes KPG terus berlaku.

Ngo ANAK menggesa Felda menarik balik keputusan yang dibuat dan pembayaran dividen FGV serta insentif hariraya diberi kepada semua 112,635 orang peneroka pada 13 julai ini. Bahkan, tunggakan tahun lalu sepatutnya di bayar sama.

Sempena bulan ramadhan yang begitu banyak kelebihan dan penuh keberkatan, saya merayu campurtangan YAB Perdana Menteri dan budi baik Pengarah Besar Felda, Dato' Hanapi Suhada, agar diskriminasi ini tidak diteruskan. 

Moga keharmoniaan dan perpaduan warga Felda tetap terpelihara.

MENERAJUI PERUBAHAN
Mazlan Aliman
Presiden ANAK
8 Julai 2015

*****************************************
Apa yang Sangkakala nampak disini, Mazlan Aliman yang pernah menghasut para peneroka dengan mengatakan bahawa Felda menipu mereka (peneroka) hingga ada yang sanggup keluar dari Felda serta menjalankan proses penanaman semula secara persendirian kini mula risau apabila peneroka yang termakan hasutan tidak mendapat dividen sepertimana yang diterima oleh mereka yang bersama sama dengan Felda.

Begitu juga dengan FGV, setelah pelbagai tohmahan dilemparkan oleh Mazlan Aliman terhadap FGV tapi hari ini FGV mengumumkan juga pemberian dividen sedangkan Mazlan Aliman dan NGOnya tak berikan apa apa kepada peneroka melainkan fitnah dan adu domba semata mata.

Kalau Felda menuruti kehendak mereka yang telah pun keluar dari senarai peneroka Felda, dengan memberikan juga dividen, bagaimana pula dengan mereka yang masih setia dan memberikan kepercayaan kepada Felda untuk menguruskan tanah rancangan mereka?

Ibarat seorang pekerja yang dah berhenti, takkan syarikat masih nak kena bayar bonus hanya semata mata atas sebab dia pernah berkerja di syarikat berkenaan, fikir la sikit.




4 ulasan:

Manbochin berkata...

Adoooh.. Najid memang sloooow.. mintak pengesahan apa lagi? Saman trus WSJ nu. Di telah mencabar gugat ketuanan melayu islam tu.... Asan akidah, Ezam Kotak, Zul bisul mana? Baim katak dah bebunyi tu kira ok la tu. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Bingainya Manbochin..lain yang dalam artikel lain pula yang dia komen..bodoh manusia macam ni

hamid ko'diang berkata...

Betoi jugak no. Orang cerita pasai masok dwit, dia pi tanya hang kata aku salah guna dwit ka apa? Tapi takpa, aku bagi hang 14 hari lagi...apala punya kalut..lawan dia tu pulak bukan kecik anak. semacam pengawal bagi kepentingan pemodal puak dia. Depa dok petaruh reputasi depa sebagai media berpengaruh. PM boleh tandin pengaruh depa tu ka? Tak tau nak kata apa, sapa mai sapa tau.

IBU RISKA berkata...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWA GUMPALA












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWA GUMALA kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWA GUMPALA