Khamis, 2 Julai 2015

ANGGOTA TENTERA CEDERA DI PUKUL DI KEPALA @hishammuddinH20

Seorang anggota tentera cedera di kepala selepas dikatakan di pukul dengan tongkat oleh Pegawai Waran 1 di kem Desa Pahlawan Kota Bharu Kelantan.

Anggota tersebut dikatakan terlewat masuk dalam perbarisan dan telah diketuk oleh pegawai waran 1 (PW1).


Bagi Sangkakala, untuk mendisiplinkan anggota memang tidak menjadi kesalahan, tapi dengan mencederakan bahagian kepala adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku kerana kecederaan di bahagian kepala mampu untuk menjadikan keadaan yang buruk terhadap anggota ini.

Banyak cara lain lagi untuk memberikan pengajaran, tapi cara yang dibuat oleh pegawai berkenaan adalah amat mengecewakan.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sokong tindakan pegawai menghukum anggota yg cuai seperti itu sb mereka benteng negara mesti tidak boleh cuai dalam keadaan ape skali pun kalau baru takat bebaris pun dah lambat ape lagi di saat2 yg genting kalau anggota tersebut tidak berpuas hati di persilakan berhenti

Tanpa Nama berkata...

Hukum memukul muka adalah Haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain. Nabi saw bersabda ( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... ) " Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." Hadis sahih Bukhari dan Muslim