Khamis, 2 Julai 2015

FGV - RAJAWALI - KEBANGKITAN GERGASI PERLADANGAN ASIA @sahabatFGV #supportFGV #FGV #sahabatFGV #FeldaGlobalVentures

Ramai sangat dikalangan bukan peneroka yang dilihat amat risau tentang Felda Global Ventures yang membeli kepentingan sebuah syarikat perladangan gergasi milik Indonesia.


Jadi dibawah kita semua dapat lihat siapa dan apa itu FGV yang sebenar.

Latar belakang dan situasi semasa FGV
Harga minyak sawit dan komoditi secara umumnya, telah mencatatkan penurunan sejak 2014 daripada USD865 p/mt pada Jan 2014 kepada USD688 p/mt pada Jan 2015.

70% perolehan FGV disumbang oleh perdagangan minyak sawit dan 30% daripada hiliran dan lain-lain. Jika berlaku penurunan harga minyak sawit, perolehan FGV akan turut terjejas.

Ini ditambah pulah beberapa faktor luar jangkaan tahun lalu – termasuk banjir di Pantai Timur yang menjejaskan pengeluaran dan cuaca buruk di Kanada – FGV mencatatkan keuntungan lebih rendah. Perkara-perkara yang telah berlaku ini telah diterjemahkan di dalam prestasi kewangan FGV yang menurun.

Sewaktu disenaraikan purata profil umur pokok FGV ketika ini adalah 15.5 tahun, dengan sebahagian besarnya adalah pokok tua iaitu sebanyak 57%. FGV mengambil langkah proaktif untuk memperbetulkan keadaan ini dengan membuat program tanam semula besar-besaran iaitu sebanyak 15% setahun.

Selain itu, daripada 450,000 hektar ladang di bawah pengurusan FGV, 355,864 hektar adalah tertakluk kepada perjanjian sewa tanah (LLA) dengan FELDA, sekali gus meningkatkan kos operasi.

Untuk mencapai kemampanan dan kestabilan perniagaan, FGV perlu menambah bank tanah dan profil umur pokok yang lebih muda. Harga minyak sawit mentah berada di kedudukan terendah ketika ini dan dijangka kembali naik dalam tempoh beberapa tahun. FGV perlu bersedia untuk mengambil kelebihan daripada kos pengeluaran yang rendah, jumlah keluaran tinggi, lebih efisyen, margin tinggi dan mengukuhkan kedudukan dengan mengembangkan perniagaan hiliran.

Impak faktor-faktor di atas sedang cuba diatasi menerusi pelan transformasi strategik dengan mengimbangi sumbangan perolehan kepada 60% daripada dagangan minyak sawit dan baki 40% daripada hiliran dan lain-lain.

Untuk itu, anak syarikat FGV, FGV Trading telah menunjukkan pertumbuhan yang cukup baik dengan perolehan RM2.5 bilion dalam tempoh hanya 4 bulan operasinya. Syarikat ini disasar untuk mencatatkan perolehan antara RM6 bilion hingga RM8 bilion tahun ini.

FGV telah menjelaskan sebab perolehan yang rendah dan komited terhadap pelan trasformasi untuk memastikan keuntungan yang tinggi. Perlu diingat – walaupun perolehan jatuh pada suku tahun pertama, kami tetap mencatatkan keuntungan malah pelan transformasi kami tetap fokus dalam memberi pulangan yang tinggi kepada pemegang saham pada tahun ini dan masa depan.

Mengembangkan bank tanah – meningkatkan perniagaan hiliran
FGV telah mengintai pasaran di luar Malaysia antaranya di Afrika, Myanmar dan Indonesia. Hasilnya, FGV melihat jumlah bank tanah The Eagle High Plantation (EHP) merupakan yang terbesar untuk sebuah entiti tunggal dan tiada yang setandingnya di pasaran untuk kerjasama strategik.

Penting untuk dijelaskan di sini bahawa cadangan pembelian EHP melibatkan nilai perusahaan (EV) / hektar jangkaan US$17,400 per hektar – lebih rendah daripada transaksi melibatkan Sime dengan NBPOL (EV / hektar = US$25,900) dan Unico Plantations (EV / hektar = US$23,500). 

Transaksi-transaksi di Indonesia sebelum ini hanya melibatkan saiz ladang kurang daripada 70,000 hektar.

Selain itu, penilaian ladang di Indonesia tidak mengambil kira lokasi, saiz dan profil umur pokok.

Dalam persekitaran yang mencabar dan harga saham yang rendah ketika ini tidak menunjukkan nilai sebenar syarikat. Pengurusan tetap fokus kepada perancangan jangka masa sederhana dan panjang dengan menekankan tiga strategi - meningkatkan perolehan, mengoptimumkan kos dan keberkesanan operasi untuk melonjakkan perolehan dan keuntungan sekali gus memberi pulangan yang tinggi kepada pemegang saham. 

Untuk mengatakan FGV membayar premium untuk saham EHP sebenarnya adalah tidak betul. Kami mengalu-alukan cadangan pengambilalihan lain yang setanding dengan transaksi EHP dari segi saiz, strategik dan sinergi produk serta akses pasaran.

Untuk membeli saham EHP di pasaran terbuka, FGV memerlukan blok saham yang besar, dan jika dilakukan, ia akan melonjakkan harga menjadi lebih tinggi. Lebih penting lagi – cara ini tidak akan membenarkan kerjasama strategik untuk membolehkan FGV dan Malaysia mengakses pasaran hiliran, gula, baja dan pasaran pengguna melibatkan 240 juta penduduk.

Inilah faedah yang ditawarkan oleh Kumpulan Rajawali termasuklah menangani cabaran kawal selia dan kerjasama dengan pengurusan berpengalaman serta stabil.

FGV ketika ini sedang dalam proses perbincangan struktur dana dengan bank pelaburan untuk mencari potensi perjanjian terbaik untuk pemegang saham.
Aliran tunai FGV semakin baik, disokong oleh keberkesanan kos dan sumbangan tinggi daripada perdagangan serta hiliran. Strategi pelupusan aset bukan teras juga dijangka memberi peningkatan tunai dan menyokong  perniagaan perladangan.

Penting untuk ditekankan jika kami meneruskan penggunaan struktur hutang, nisbah hutang kepada ekuiti FGV hanya meningkat kepada 1:1, iaitu bersesuaian dengan syarikat perladangan yang sedang giat berkembang.

FGV menegaskan bahawa polisi dividennya tidak akan berubah dan menjadi keutamaan semasa pertimbangan struktur hutang.

Pembelian 37% saham EHP akan menjadikan FGV pemegang saham tunggal terbesar dan tempat di dalam lembaga pengarah. FGV berpuas hati membenarkan rakan tempatan menjalankan operasi syarikat tersebut dengan input daripada FGV. Ini bagi mengekalkan kesinambungan dan kepakaran pengurusan tempatan. Untuk mencadangkan sebaliknya adalah tindakan tidak bijak.

FGV tidak bercadang untuk memiliki kawalan majoriti kerana akan melibatkan proses pengambilalihan pengurusan atau MTO (Management Take Over) yang belum terbukti berdaya maju.

Deposit yang dikeluarkan oleh FGV untuk transaksi ini adalah dengan faedah dan 100% boleh dipulangkan semula bergantung kepada hasil kajian dan keputusan lembaga pengarah. Jumlah deposit yang dikeluarkan menunjukkan komitmen FGV dan hak eksklusif semasa proses rundingan.

Secara keseluruhannya, transaksi ini hanya bermotifkan komersial semata-mata yang bakal menjadikan FGV syarikat minyak sawit gergasi ASEAN, pengubah industri sawit dunia dengan faedah yang jelas kepada kedua-dua pihak.

FGV yakin transaksi ini akan menjadi pengubah industri sawit dunia dan FGV akan berjaya mencapai matlamatnya dalam pelan transformasi dalam tempoh waktu ditetapkan.

Jadi kepada mereka yang dilihat terlalu risau, tak perlu merasa begitu dan apa yang penting, jangan timbulkan perasaan panik kepada peneroka yang melabur.

Untuk peneroka Felda yang menjadi pelabur pula, FGV takkan membiarkan hidup anda semua sengsara, rancangan demi rancangan dan strategi demi strategi dirangka oleh FGV bagaimana untuk melipat gandakan pendapatan dan seterusnya memberi keuntungan maksimum kepada para pelabur.

Dari apa yang dilihat sekarang, kebanyakan yang cuba menimbulkan kerisauan adalah dari mereka yang berada di pihak pembangkang, jadi sudah tentulah isu FGV ini akan menjadi hangat hanya semata mata untuk kepentingan politik.





2 ulasan:

Equity Capital Loans berkata...

Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat pantas dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
  dalam akaun bank anda
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
* Memohon - Dapatkan Kelulusan - Akaun dikreditkan dengan jumlah pinjaman
 Dapatkan Kelulusan dalam 10 min.just hubungi kami di
 E-mel homeofequity@gmail.com

PERMINTAAN UNTUK PINJAMAN
================================
Nama: ...................
Nama kedua: ..................
Hubungi Alamat: .................
Negara: ...................
Umur: ..........................
Jantina: ....................
Nombor Telefon: ..............
Status: .................
Pendudukan: ...............
kedudukan: .................
pendapatan bulanan: ..............
Jumlah Pinjaman: .................
Tujuan Pinjaman: ...............
jangka masa: ....................
Adakah anda memohon untuk pinjaman sebelum: ............
anda memahami Bahasa Inggeris: ..........
sila mengisi dan menghantar borang tersebut kepada:

E-mel homeofequity@gmail.com


Yang ikhlas,
Nicholas Payne
C.E.O Modal Ekuiti

Equity Capital Loans berkata...

Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat pantas dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
  dalam akaun bank anda
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
* Memohon - Dapatkan Kelulusan - Akaun dikreditkan dengan jumlah pinjaman
 Dapatkan Kelulusan dalam 10 min.just hubungi kami di
 E-mel homeofequity@gmail.com

PERMINTAAN UNTUK PINJAMAN
================================
Nama: ...................
Nama kedua: ..................
Hubungi Alamat: .................
Negara: ...................
Umur: ..........................
Jantina: ....................
Nombor Telefon: ..............
Status: .................
Pendudukan: ...............
kedudukan: .................
pendapatan bulanan: ..............
Jumlah Pinjaman: .................
Tujuan Pinjaman: ...............
jangka masa: ....................
Adakah anda memohon untuk pinjaman sebelum: ............
anda memahami Bahasa Inggeris: ..........
sila mengisi dan menghantar borang tersebut kepada:

E-mel homeofequity@gmail.com


Yang ikhlas,
Nicholas Payne
C.E.O Modal Ekuiti