Sabtu, 30 Mei 2015

PEGAWAI KHAS ADUN BATU CAVES DISERANG SEBAB BERTANYA SOALAN

Sungai Buloh : Seorang Pegawai Khas ADUN (EXCO) Batu Caves dikatakan diserang oleh seorang Penolong Pegawai Khas kepada Penyelaras DUN Kota Damansara, Saudara Razlan Jalaluddin. 

Mengikut laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sg Pelong, Sg Buloh, mangsa mengatakan bahawa beliau bersama beberapa orang rakan termasuk Penyelaras DUN Kota Damansara serta suspek sedang bersembang dan bergurau sebelum lelaki berkenaan (Penolong Pegawai Khas Razlan) menyerang beliau.

Menurut mangsa, ada kemungkinan suspek merasa marah apabila beliau ada bertanyakan dari mana datangnya duit untuk membeli sebuah kereta Volkswagon PASSAT Jika dibandingkan dengan gaji suspek yang dikatakan cuma lebih kurang RM 2 ribu dan jawatan yang disandang sekarang cuma Penolong Pegawai Khas sedangkan kenderaan berkenaan berharga diantara RM 150 ke RM 180 ribu.

Mengikut sumber, mangsa sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada SPRM kerana jawatan serta pendapatan suspek tidak memungkinkan beliau mampu untuk memiliki kenderaan tersebut dan mangsa juga kemungkinan akan meminta SPRM menyiasat perkara ini.




PANAS !!! AHLI MAJLIS MPAJ PAKAI CAYENNE MULA VIRAL.DI MEDIA.SOSIAL

Nampaknya semenjak dua menjak pakatan memerintah di Selangor, makin kaya raya puak puak pengikut PR yang berjawatan dilantik ni.

Sangkakala terbaca dalam blog pro pakatan tentang persoalan sama ada benar atau tidak seorang ahli majlis memakai kereta mewah (cayenne).


Dalam komen di blog omakkau, ada yang mengatakan bahawa perlu diselidik dulu sama ada kenderaan ini dibeli oleh ahli majlis tersebut sebelum atau selepas menjadi ahli majlis?

Bagi Sangkakala pula, jika pemilik kenderaan ini benar benar membeli kenderaan tersebut sebelum menjadi ahli majlis, sudah pasti beliau adalah ahli perniagaan berjaya dan seperti biasa, untuk memajukan perniagaan, banyaklah peluang bakal diperolehi dalam MPAJ tu nanti.

Tapi kalau beli selepas menjadi ahli majlis, maka berapa pulak komisen yang diperolehi hingga mampu membeli kenderaan mewah ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa kenderaan ini mungkin kenderaan lama, tapi bagi Sangkakala, rupa muka depan kenderaan ini sudah menunjukkan ianya kenderaan yang baru.

Kalau nak diikutkan dari apa yang selalu dislogankan oleh Pakatan Rakyat, mereka akan membela nasib rakyat tapi kalau dah memiliki kemewahan sebegini, nasib poket telah diutamakan terlebih dahulu.


Rabu, 27 Mei 2015

PANAS !!! AMUKAN PEGAWAI KPDNKK SELANGOR TERIMA ADUAN

Pegawai Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengamuk dan melakukan operasi setelah menerima aduan daripada orang awam yang mengatakan bahawa ada peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barangan dengan melakukan operasi khas di Sungai Buloh dan Gombak.

Beberapa buah kedai telah di periksa dan didapati kedai kedai berkenaan memang melanggar beberapa perkara seperti tidak mempamerkan harga barangan keperluan dan ada juga yang tidak memiliki lesen menjual barang kawalan seperti gas memasak.

Serbuan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Selangor, tuan Rosik Yaakub dan dibantu oleh Ketua Cawangan KPDNKK Gombak serta beberapa orang pegawai penguatkuasa. 










Operasi di Sungai Buloh turut disertai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato' Harison Hasan dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Saudara Zulkifly Mat Taft yang sama sama memantau perjalanan operasi tersebut.

Sementara itu, dikawasan Gombak pula, sebuah premis menjual alat ganti kenderaan pula diserbu setelah mendapat laporan daripada orang ramai yang melaporkan premis tersebut disyaki menjual alat ganti tiruan.

Sebanyak 44'360 unit alat ganti tiruan yang bernilai lebih dari RM 130 ribu ringgit dirampas untuk dibawa ke stor simpanan KPDNKK sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurut kata Tuan Rosik, jika sabit kesalahan, pemilik perniagaan boleh didenda sebanyak RM 10 ribu bagi setiap unit barangan tersebut.

klik gambar untuk video







Operasi operasi seperti ini akan kerap kali diadakan oleh KPDNKK jika kita sebagai pengguna melaporkan dimana ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan.

Jika tidak ada laporan, adalah agak mustahil untuk pihak KPDNKK mengambil tindakan kerana kita kena faham bahawa tidak semua peniaga yang mangambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan.

Jadi disini tindakan yang paling baik adalah, sebagai pengguna kita juga berhak membuat laporan untuk diambil tindakan demi kebaikan bersama.



Selasa, 26 Mei 2015

PAS MAKIN TAKUT BILA DICABAR DAP

Dah banyak kali kita dengar dan kita lihat PAS dicabar oleh DAP, tak kira dari segi mana sekali pun.

Cuma Sangkakala lihat, semakin PAS dicabar, PAS semakin takut dengan DAP dan ini membuatkan DAP makin lantang mengkritik dan menghina PAS dari semasa ke semasa.



Ketakutan PAS ini sebenarnya adalah kerana kuasa dan jawatan dan kebanyakan yang mengikuti apa sahaja kehendak DAP rata rata adalah dikalangan ADUN dan Ahli Parlimen dari PAS.

Mungkin ahli biasa lepas ni kena fikir banyak kali apakah perlu mereka terus mengikuti PAS yang dilihat sudah lari dari perjuangan asal mereka atau mengikuti sahaja apa yang diperkatakan oleh DAP.


Ahad, 24 Mei 2015

ANTARA KENCING TIKUS DAN KENA KENCING DENGAN KERAJAAN SELANGOR

Nampaknya wabak kencing tikus yang boleh membawa maut kini semakin merebak di Selangor.


Dalam masa 5 bulan pertama tahun ini sahaja sebanyak 382 kes penyakit kencing tikus telah dilaporkan dan sebanyak 121 kes pula telah dikesan di daerah Petaling.

Virus kencing tikus pernah menjadi hangat diperkatakan apabila meragut beberapa nyawa tidak berapa lama dahulu tetapi kini ianya seolah olah tidak memberikan apa apa kesan atau kerisauan bagi kerajaan Selangor dalam usaha untuk melindungi rakyat dari dijangkiti oleh virus yang merbahaya ini.

Agak agaknya lah, sampai bila kerajaan Selangor dibawah kepmpinan Azmin Ali yang satu masa dulu bukan main lagi turun ke dalam longkang kononnya risau dengan tahap kesihatan rakyat Selangor akan membiarkan perkara ini dibiarkan?

Nampaknya rakyat Selangor perlu risau dua perkara, kencing tikus dan kena 'KENCING' dengan kerajaan Selangor.


APABILA EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA NAK TUNJUK PANDAI

Kisah guru KAFA yang dipecat apabila memohon kenaikan elaun seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Selangor sebelum Pilihanraya Umum ke 13 lalu rupanya mendapat perhatian meluas.


EXCO Pemuda UMNO Malaysia tampil kononnya untuk memberikan bantuan guaman kepada ustaz tersebut demi untuk menegakkan keadilan agaknya.


Persoalannya sekarang, sejauh mana saudara Rafiq tahu situasi dan siapa ustaz ni sebelum kes tuntutan ini keluar dan tersebar?

Tahukah exco pemuda UMNO ni apa yang berlaku di Selangor sampai beriya nak pertahan guru KAFA yang kononnya dianiaya oleh kerajaan Selangor?

Untuk pengetahuan saudara Rafiq, guru KAFA yang dimaksudkan adalah pengikut Pakatan Rakyat yang sebelum ini begitu beriya iya menghentam Barisan Nasional (UMNO khusunya) apabila ditawarkan dengan kenaikan elaun sebanyak RM 200 sebulan.

Hanya kerana janji tersebut maka guru KAFA ini secara terus menyokong Pakatan Rakyat dan kini beliau harus membayar pengorbanan kepada kerajaan Selangor dari apa yang dilakukan.

Takkan UMNO dan Barisan Nasional pulak yang beriya nak ambil berat sedangkan hanya kerana RM 200 maka UMNO Selangor kehilangan lagi 8 kerusi semasa PRU13.

Sepatutnya, sebagai seorang EXCO Pemuda, saudara Rafiq pergi menyelami hati para guru guru muda yang menyokong UMNO serta Barisan Nasional jika benar mahu membantu golongan guru guru dan bukannya seolah olah nak ambil populariti dari apa yang berlaku tanpa usul periksa.

Kerajaan Barisan Nasional telah lama memberikan bantuan awal kepada guru guru KAFA dengan memberikan elaun sebanyak RM 800 berbanding kerajaan negeri yang hanya memberikan RM 500 kepada guru guru berkenaan.

Itu juga masih belum mampu untuk memuaskan hati guru guru ini dan sekarang sepertimana yang Sangkakala nyatakan tadi, mereka harus membayar pengorbanan mereka dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor.

Jadi kepada saudara Rafiq, adalah lebih baik selaku exco Pemuda UMNO Malaysia, cuba cubalah berjumpa dengan guru guru muda yang menyokong Barisan Nasional kerana mereka ini rasanya lebih memerlukan perhatian berbanding dengan mereka yang dulunya boleh dibeli hanya dengan hanya janji sebanyak RM 200.



Jumaat, 22 Mei 2015

HANYA DI SELANGOR !!! MOHON NAIK GAJI DAPAT SURAT BERHENTI

Masih ingat lagi kisah seorang ustaz yang merayu agar kerajaan Selangor menunaikan janji sebelum pilihanraya dengan menaikkan gaji guru guru KAFA yang berjumlah lebih 6 ribu orang di Selangor? 

Semalam secara rasminya beliau telah menerima surat pemecatan akibat daripada rayuan yang dikemukakan kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri.


Semasa ustaz ini pergi ke bangunan SUK, beliau telah dihalang untuk berjumpa dengan Menteri Besar dan gagal menyerahkan surat rayuan yang mewakili semua guru guru KAFA seluruh negeri Selangor untuk menuntut kenaikan gaji.

Tapi selepas itu Azmin Ali selaku Menteri Besar mengatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa ustaz ini datang untuk berjumpa dengan beliau dan Azmin mengatakan bahawa jika dia tahu ustaz ini datang, beliau sendiri akan menerima kunjungan tersebut.

Persoalannya, jika benar Azmin ikhlas mengatakan seperti apa yang dinyatakan, kenapa ustaz ini menerima notis berhenti dari mengajar? 

Tapi seperti biasa, kita tahu bahawa Azmin hanya bermain dalam ruang lingkup politik semata mata dan ayat yang dikeluarkan oleh beliau hanya untuk menjadi halwa telinga.

Akhirnya nanti, apabila pilihanraya umum yang akan datang sudah hampir, Azmin akan memberikan kelulusan kenaikan gaji demi untuk meraih undi dari golongan guru guru KAFA.

Apa yang pasti, janji yang dibuat sebelum pilihanraya umum yang lepas, tidak akan ditunaikan dalam masa terdekat kerana guru guru KAFA ini tidak akan memberikan apa apa sumbangan kepada kerajaan negeri.

Inilah yang akan berlaku dan terus berlaku di Selangor dan guru guru ini tetap akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 1300 itu pun setelah ditambah dengan elaun dari kerajaan pusat sebanyak RM 800 sedangkan kadar gaji atau pendapatan garis kemiskinan sebanyak RM 1500 sebulan.


Rabu, 20 Mei 2015

HANYA DI SELANGOR !!! SEWA KEPADA PENIAGA NAIK LAGI

Nampaknya peniaga peniaga di Selangor pelan terhimpit lagi, bukan sahaja peniaga kekal yang menderita akibat pelbagai kenaikan, tapi peniaga bermusim juga tak lepas dari menerima keadaan sama.


Kalau dulu peniaga peniaga bazar Ramadhan hanya perlu membayar sewa sebanyak RM 135 tapi kali ini mereka perlu membayar sebanyak RM 185 bagi setiap petak perniagaan.

Ini ke yang dikatakan kebajikan atau pun MOTO yang disebut sebut oleh kerajaan negeri Selangor 'RAKYAT DIPEDULI'?

Mungkin tahun ini RM 185, tahun depan kita belum tahu lagi berapa pulak kenaikan yang akan dikenakan kepada para peniaga ni.

Apa pun tahniah kepada rakyat Selangor yang memilih kerajaan yang menaikkan sewa dan lepas ni jangan kata sebab sebab lain pula kalau harga makanan di bazar Ramadhan dinaikkan.



PENGUNDI DAH MULA COP NURUL IZZAH SEBAGAI NATO

Memang dah jadi lumrah kepada Ahli Parlimen pembangkang yang hanya akan bercakap tanpa ada apa apa tindakan.

Seperti juga Nurul Izzah yang bercerita sana sini tentang segala bagai tapi akhirnya di kawasan sendiri pun tak terjaga dan boleh dikatakan tiada apa perubahan berlaku di kawasan Lembah Pantai hingga membuatkan rakyat mula memperkatakan bahawa beliau hanya 'NO ACTION TALK ONLY' (NATO'.



Bukan hanya kali ni, tapi dah berkali kali rakyat di kawasan Lembah Pantai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila kebajikan mereka terabai selama ahli parlimen tersebut menjadi wakil rakyat.

Tapi kalau kita lihat dalam parlimen, berdegar degar si Nurul Izzah mengeluarkan hujah namun hujahnya hanya berkisar tentang keluarga terutama ayahnya si Anwar Ibrahim.

Apakah Nurul Izzah hanya menjadi wakil kepada keluarga 69 dan bukan wakil kepada rakyat yang mahukan nasib mereka terbela selama ni?

Kepada rakyat Lembah Pantai dan mana mana kawasan yang di wakili oleh pembangkang, ini adalah harga yang perlu dibayar dengan setiap kertas undi yang di pangkah atas parti mereka.



Selasa, 19 Mei 2015

WAN AZIZAH SENGAJA DIMALUKAN OLEH GUAN ENG DALAM PARLIMEN

Baru angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan dilantik sebagai ketua pembangkang Malaysia, Dr Wan Azizah telah dimalukan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Wan Azizah pada asalnya ingin mewujudkan kabinet bayangan tetapi akhirnya ditentang oleh DAP yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.


Setelah tidak mendapat restu dari DAP, maka Wan Azizah terpaksa menukar pula cadangan dari kabinet bayangan kepada jawatankuasa parlimen.


Kalau nak diikutkan, Wan Azizah bebas untuk memberikan cadangan dan seharusnya cadangan tersebut diterima memandangan kabinet bayangan bukanlah merupakan apa apa jawatan cuma memegang potfolio mengendalikan satu satu soalan kepada Menteri kabinet, tapi itu pun tak dapat restu.

Jelas dan nyata bila keadaan ini berlaku maka kita dapat melihat walaupun Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang namun yang mempunyai kuasa penuh adalah DAP dan Wan Azizah hanyalah boneka semata mata.

Sangkakala rasa Wan Azizah sengaja dimalukan oleh DAP demi untuk menunjukkan kepada PKR dan PAS bahawa DAP mempunyai kuasa dalam menentukan sesuatu.

Inilah sebenarnya yang akan berlaku jika PR menjadi kerajaan, walaupun Perdana Menterinya Melayu Islam, namun yang mempunyai kuasa dan suara adalah DAP.

Hanya kerana dalam perlembagaan negara dimana Perdana Menteri perlu diambil dari kalangan orang Melayu Islam, maka mereka menurut perlembagaan tapi dalam masa sama, DAP akan menjadi pemacu kepada keldai dan kuda yang ada dalam PR.


Isnin, 18 Mei 2015

RUMAH SELANGORKU LEBIH MAHAL DARI HARGA RUMAH PR1MA

Bukan main lagi kerajaan Selangor mengatakan harga rumah PR1MA amat mahal dan tidak termampu dimiliki oleh rakyat sedangkan harga rumah berkenaan cuma diantara RM 150 ribu hingga RM 300 ribu seunit mengikut kawasan.

Fasa pertama perumahan ini telah dibina di presint 11 Putrajaya dengan harga RM 120 ribu.

Lagi maklumat DISINI..

Tapi Azmin Ali pula mengatakan bahawa rumah Selangorku yang diilhamkan oleh kerajaan Selangor berharga RM 250 ribu seunit.


Macam mana kerajaan Selangor kata rumah PR1MA lebih mahal sedangkan kalau mengikut maklumat, harga rumah PR1MA di Putrajaya baru berharga RM 120 ribu? 

Nampaknya rakyat Selangor kena kencing lagi la dengan Menteri Besar yang ambil kesempatan dalam kancah permasalahan ni.

Perumahan di jalan Jelatek juga boleh dijadikan rujukan dimana harga bagi setiap unit kediaman mewah tersebut diantara RM 700 ribu (studio apartment) hingga ke RM 11 juta sebuah dan seterusnya menidakkan penghuni asal flat jalan Jelatek memiliki kediaman mereka semula di kawasan tersebut.



PAS SELANGOR TERUS DIBERIKAN PENGHINAAN OLEH RAKAN SENDIRI

Nampaknya PAS Selangor terus mendapat penghinaan dari rakan mereka sendiri iaitu DAP yang kini terang terang cuba menghalang pelaksanaan HUDUD di Kelantan.


Teng Chang Kim yang juga merupakan exco kerajaan negeri Selangor seolah olah dilihat membalas dendam terhadap PAS di Selangor apabila menghalang muktamar PAS dilangsungkan di negeri tersebut.

Ini semua gara gara kecaman yang diberikan terhadap Lim Kit Siang oleh beberapa orang pemimpin PAS ekoran ceramah yang menentang HUDUD dibuat di Kelantan baru baru ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din sendiri melabelkan Kit Siang sebagai biadap dengan mengadakan ceramah tersebut.

Anak kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz, Nik Abduh juga turut mengecam tindakan Kit Siang yang berceramah di negeri Kelantan.

Tapi kenapa Selangor pula yang menerima akibat? Bukankah PAS Selangor merupakan salah satu parti dan juga merupakan pemenang kerusi terbanyak iaitu sama banyak dengan DAP (15 kerusi) tetapi memberikan kuasa Menteri Besar kepada PKR dan Azmin diletakkan sebagai Menteri Besar.


Nampaknya PAS Selangor memang tak tau malu dengan apa yang dlilakukan oleh DAP Selangor jelas menunjukkan bahawa kehadiran PAS tidak dipandang walaupun lebihan kerusi membolehkan mereka menjadi Menteri Besar.



Ahad, 17 Mei 2015

@datosahol KESILAPAN PELAJAR SELFIE DALAM KONVOKESYEN PERLU DIMAAFKAN

Dalam akhbar hari ini ada didedahkan seorang pelajar jurusan fotographi yang digantung selama 2 tahun pengajian setelah didapati mengambil gambar 'SELFIE' semasa majlis Konvokasion di UITM.


Bagi Sangkakala, tak perlu pelajar ini digantung selama 2 tahun memandangkan beliau telah pun menerima diploma dalam bidang pelajaran yang diikuti dan satu lagi, pelajar ini telah menyatakan bahawa beliau tidak tahu dalam majlis tersebut perbuatan itu adalah salah.

Jika kita perhatikan, pelajar ini mungkin terlalu taksub atau teruja apabila beliau berjaya menamatkan pengajian di sebuah Universiti tempatan dan berjaya dalam pengajian yang beliau ikuti.

Jika dilihat dari sudut lain pula, Sangkakala berpendapat tindakan tidak sengaja ini adalah lebih kepada kes terpencil dan amaran sudah memadai jika diberikan kepada pelajar tersebut dan pelajar akan datang diberikan pengetahuan bahawa tindakan mengambil gambar sendiri (SELFIE) ini adalah salah supaya tidak lagi menjadi ikutan dimasa akan datang.

Kita juga dapat melihat bahawa banyak gambar gambar yang memburukkan kerajaan dan menghina seseorang pemimpi  tapi ianya akan dibiarkan begitu sahaja tapi kes pelajar ini lain dan beliau telah pun menyatakan bahawa kesilapan tersebut berlaku kerana beliau tidak tahu ianya menjadi satu kesalahan.

Dengan penggantungan ini, bukan sahaja pelajar berkenaan menerima tekanan, malah kaum keluarga juga mungkin akan mendapat tekanan yang sama.

Sangkakala nyatakan disini cukup sekiranya pelajar ini diberi amaran dan pelajar akan datang diberikan amaran keras agar tidak melakukan kesilapan sama dimasa mendatang.

Mungkin pihak Universiti mempunyai pendapat yang berbeza tapi tak salah jika ianya dikaji semula demi kepentingan pelajar ini.



Sabtu, 16 Mei 2015

PANDIKAR AMIN NAFI TUDUHAN TUN MAHATHIR @NajibRazak

Sangkakala terbaca dalam sebuah portal (therakyatpost) yang mendakwa Tun Mahathir dalam ucapan di program 'Bicara Negara' petang tadi mengatakan bahawa speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin telah meletakkan jawatan dan sidang Parlimen yang akan berlangsung bermula hari isnin ini dan akan dijalankan oleh dua Timbalan Speaker.

Baca DISINI..

Sangkakala sendiri tak dapat memastikan sama ada benar atau tidak Tun Mahathir ada mengatakan kenyataan sedemikian kerana tidak berada di program tersebut tetapi artikel yang ditulis dalam portal berkenaan nampaknya jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir ada menyebut perkara berkenaan.

Namun begitu dakwaan tersebut telah disangkal oleh sumber yang rapat dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mana kalau nak diikutkan Tun Mahathir memberitahu bahawa Tan Sri Pandikar ada menemui beliau dan menyatakan bahawa beliau (Pandikar Amin) akan melepaskan jawatan.


Tetapi dari sumber pula mengatakan bahawa Tan Sri dihubungi oleh Tun Mahathir dan diminta untuk mengundurkan diri sebagai speaker Dewan Rakyat.

Jika benar sepertimana yang dilaporkan oleh portal berkenaan, Sangkakala berasa sedikit kecewa kerana ini sebenarnya menjatuhkan kredibiliti Tun Mahathir sebagai seorang NEGARAWAN yang mana kalau mengikut apa yang digembar gemburkan mempunyai terlalu ramai pengikut.

Jika perkara sebegini pun Tun Mahathir terpaksa lakukan semata mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Sangkakala rasa Tun Mahathir berada dalam keadaan amat terdesak hingga sanggup meminta speaker Dewan Rakyat melepaskan jawatan semata mata untuk memperlihatkan Perdana Menteri sudah tidak mendapat sokongan.

Tapi kalau laporan portal berkenaan tidak benar, maka Sangkakala rasa mungkin ada gerakan untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Mahathir.



Khamis, 14 Mei 2015

JENTERA PILIHANRAYA PERMATANG PAUH DAN KAJANG BERPUTIH MATA

Piluhanraya kecil Permatang Pauh menunjukkan kemenangan kali kedua buat Wan Azizah selepas menang kali pertama pada tahun 2004 kemudian melepaskan jawatan dan diberikan semula kepada Anwar Ibrahin yang juga bekas penyandang ahli parlimen Permatang Pauh sebelum itu.

Wan Azizah melepaskan jawatan dengan memberikan alasan mahu menumpukan sepenuh masa beliau kepada anak anak dan cucu dirumah.

Jelas sekali apabila Anwar sekali lagi dijatuhi hukuman penjara dan kali ini akibat dari perlakuan beliau terhadap bekas pembantu pribadi beliau sendiri.

Kita lupakan kisah tersebut.

Kemenangan Wan Azizah di Pilihanraya kecil Kajang pula adalah kerana Kajang Move yang dicipta oleh PR demi untuk mengangkat Wan Azizah menjadi Menteri Besar dan akhirnya Azmin yang menang BESAR.

Kedua dua piluhanraya yang dimenangi oleh Wan Azizah ini sudah pasti memerlukan jentera kempen dan hari ini jelas kita melihat bahawa jentera bagi kedua dua PRK ini seolah olah tidak diambil peduli.

Kenduri kesyukuran ekoran kemenangan di Permatang Pauh diadakan di Segambut Kuala Lumpur? Bagaimana dengan jentera kempen? Sudikah mereka untuk hadir atau adakah mereka juga dijemput hadir sama?


Kalau dijemput pun berapa orang sangatlah yang mampu untuk datang lagi pun yakkan kerana nasi sepinggan belanja nak keluar sampai seratus dua, itu membazir namanya.

Sangkakala juga rasa perkara sama berlaku di PRK Kajang tahun lepas dimana kenduri kesyukuran juga diadakan di luar kawasan Kajang.

Nampaknya jentera kedua dua tempat ini menerima nasib yang sama.




APABILA ULAMA MULA MENJADI MUNAFIK !! APA NAK JADI DENGAN DR MAZA ??

Kalau perkara berkaitan dengan kerajaan Barisan Nasional walaupun perkara kebaikan maka mufti negeri Perlis ni akan keluarkan kenyataan sampai pernah sanggup memfitnah.

Tapi yang peliknya bila kafir harbi cuba menghina dan cuba nak menggagalkan hukum Islam dengan memberikan ceramah menghasut umat Islam, mufti Perlis yang penuh kontroversi mengatakan belum punyai idea.


Dimana kredibiliti Dr MAZA selaku seorang mufti yang sepatutnya menegakkan agama Islam? Kalau sampai orang kafir sudah memulakan hasutan untuk menolak hukum Islam, dan dengan tanpa rasa bersalah beliau mengatakan belum ada idea.

Apakah idea MAZA hanya akan tiba untuk mengkritik UMNO dan Barisan Nasional? Adakah idea MAZA hanya akan tiba apabila mengkritik dasar kerajaan? Adakah MAZA hanya akan mendapat idea bagaimana untuk mengeluarkan fitnah terhadap kerajaan?

Semua ni MAZA perlu jawab sebab apa? Sebab Sangkakala yakin bahawa umat Islam di Malaysia tak perlu dengan mufti munafik cakap berbelit belit macam mufti sorang ni.



LOKMAN ADAM JELASKAN ISU PERTENGKARAN DALAM DEBAT GST DI UIA


Oleh Lokman Adam

Pertama sekali saya hendak jelaskan bahawa saya menerima undangan untuk berdebat dengan YB Rafizi Ramli anjuran MPP UIA seminggu yang lalu.

Malangnya dua hari yang lalu, pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa Debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya.

Walau bagaimanapun, petang tadi pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir. 

Atas nasihat Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi, demi menjaga nama baik dan maruah JASA, saya telah hadir.

Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap. 

Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil.  

Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa.  

Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA.  Majlis akhirnya dihentikanboleh pihak MPP UIA.

PERTENGKARAN DIMEJA MAKAN

Sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau Pengawal Keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan.  

Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga.

Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya.  

Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti, kenalah terima risikonya".  

Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah.

Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA.  

Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003.  Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004 kerana menegur penyelewengan dana di dalam PKR dan tindakan Wan Azizah bertemu George Soros tahun 2003 untuk mendapatkan dana pilihanraya 2004.  

Lebih menyakitkan hati ialah kerana fitnah itu keluar dari mulut Rafizi iaitu salah seorang ahli MPT Keadilan yang terlibat memecat saya untuk menutup penyelewengan dana yang berlaku dalam Keadilan.  

Saya menyertai UMNO semula 3 tahun selepas dipecat iaitu pada tahun 2007.

Bagi saya, debat atau wacana ilmu sedemikian rupa harus dibenarkan di Universiti.  Dengan syarat, wakil kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang harus dilibatkan sama.  

Ianya sihat bagi perkembangan demokrasi dan bagi membolehkan para mahasiswa mendengar penjelasan kedua belah pihak.  

Jika kita terus menghalang debat sedemikian rupa, pembohong besar seperti Rafizi akan terus dipercayai oleh para Mahasiswa kita.  

Rafizi masih boleh melakukan hasutan dan penipuan beliau melalui youtube dan whatapp. 

Tetapi sekiranya debat tadi diteruskan, setidak-tidaknya para mahasiswa kita berpeluang mengetahui perkara yang sebenar dan mendengar hujah balas kita untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang GST dan isu semasa.



Rabu, 13 Mei 2015

MAT SAID CUBA MALUKAN DIRI SENDIRI TUDUH TIA ADALAH #1MDB

Bekas Menteri Besar Terengganu baru baru ni dalam sidang dewan mengatakan bahawa 1MDB adalah sebuah syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai Terengganu Investment Authority atau TIA.


Tapi kenyataan yang dibuat semasa ucapan bahas menyokong titah DYMM Tuanku Sultan dalam pembukaan sidang DUN dinafikan oleh Menteri Besar yang ada sekarang.

Baca DISINI.

Persoalannya sekarang, kenapa Mat Said baru nak buka cerita cerita ni sampai sanggup mengatakan bahawa beliau digugurkan dari jawatan Menteri Besar salah satu puncanya adalah kerana TIA dan 1MDB.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Sri Ahmad Razif jelas menunjukkan bahawa TIA dulu diwujudkan atas persetujuan semua EXCO kerajaan negeri dan bukannya diputuskan oleh kerajaan pusat.

Nampak sangat Dato Sri Ahmad Said mempunyai niat buruk untuk merosakkan nama kerajaan dan seterusnya merosakkan nama Perdana Menteri.

Bagi Sangkakala elok juga dulu exco exco dan adun adun BN di Terengganu menolak Mat Said kalau ini sifat yang ada pada seorang Menteri Besar.



Selasa, 12 Mei 2015

@Zahid_Hamidi @PDRMsia KEGIATAN MESIN KUDA KEMBALI BERLELUASA

Tak berapa lama dahulu kegiatan mesin judi dikatakan akan dibanteras sehabis habisnya dan boleh dikatakan ianya diisytihar sebagai perang diantara pihak berkuasa dengan mereka mereka yang menjalankan perniagaan haram ini.

Walaupun telah beberapa kali serbuan demi serbuan dilakukan namun kegiatan ini nampaknya tidak menunjukkan akan berlaku pengurangan dan dari apa yanh dilihat, mereka mereka ini mula menaik taraf sistem keselamatan pusat perjudian mereka daripada diserbu.

Sebagai contoh Sangkakala berikan disini, kawasan kawasan di Selangor merupakan diantara kawasan yang menerima kewujudan pusat pusat judi dan ada diantara mereka ini seolah olah kebal daripada undang undang.

Persoalannya disini, tidakkah ada pemantauan dibuat atau dilakukan oleh pihak berkuasa tidak kira dari pihak Polis atau PBT untuk mengekang kegiatan ini dari muncul kembali.

Kita semua sedia maklum bahawa kegiatan tidak sihat ini amat membahayakan dimana kebanyakan kes ragut, pecah rumah, samun dan rompak adalah berpunca juga dari kegiatan perjudian mesin kuda.

Sangkakala ada mendengar bahawa sesetengah dari pengusaha mesin judi ini mendapat perlindungan dari pihak berkuasa dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka ini dibayar secara MAKAN BULAN.

Jika benar perkara ini berlaku, bagai mana Kementerian Dalam Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan tigas mereka dalam usaha untuk menghapuskan kegiatan mesin kuda.

Sangkakala rasa sudah sampai masa dan ketika pihak KDN melalui Pasukan Polis menubuhkan skuad khas bagi menangani kegiatan ini disamping PBT PBT yang juga boleh mewujudkan skiad yang sama.

Sebagai contoh, dikawasan Kota Damansara Petaling Jaya, puluhan mesin judi dikatakan wujud dan mereka ini tidak langsung kelihatan takut dengan tindakan undang undang yang bakal dikenakan jika didapati mereka ini bersalah.

Sangkakala sendiri pernah melihat satu pergaduhan berlaku dihadapan sebuah kedai mesin judi dimana sepasukan anggota polis (4 orang) berpakaian biasa telah datang.

Tapi apa yang berlaku ialah, perkara tersebut selesai begitu sahaja dan kedai judi yang dimaksudkan masih beroperasi sehingga kini.

Diharap pihak Kementerian dapat melakukan sesuatu demi untuk menyelamatkan rakyat dari terus terjerumus ke lembah perjudian.


DULU KAJANG KINI PERMATANG PAUH !! KAK WAN TERUS HILANGKAN DIRI

Memang jenis satu keluarga tamak haloba lepas tu menyusahkan rakyat, kalau dulu minta ADUN Kajang lepaskan jawatan kononnya nak jadi Menteri Besar sekarang dah pun menang jadi ahli parlimen Permatang Pauh.

Tapi apa yang malangnya kedua dua tempat ini dilanda banjir, kerap kali berlaku di Kajang dan pagi tadi berlaku pula di kawasan Tanah Liat dalam parlimen Permatang Pauh.




Jadi dimana Wan Azizah selaku ahli parlimen baru di Permatang Pauh? Adakah seperti mana yang diperkatakan bahawa Wan Azizah akan meminta Azmin menjaga Kajang dan begitu juga di Permatang Pauh Guan Eng pula yang jaga?

Apa yang pasti sehingga artikel ini ditulis, Wan Azizah dikatakan masih tidak sampai ke Permatang Pauh dan mungkin alasannya nanti beliau berada di Kajang dan jika Kajang dilanda masalah, beliau akan mengatakan bahawa sedang berada di Permatang Pauh dan begitulah seterusnya penipuan demi penipuan yang akan dilakukan oleh isteri Anwar Ibrahim dan ibu kepada Nurul Izzah.


PENULIS LAMAN BLOG ZAMKATA SUDAH LEBIH SUDU DARI KUAH

Seperti mahu mencurahkan minyak keatas bara, penulis laman blog yang juga merupakan bekas seorang Menteri seolah olah sengaja nak menunjukkan betapa buruknya sikap Tun Mahathir yang menunaikan Umrah semalam.




Dalam portal Sinar Harian, Tan Sri Zainuddin mengajak rakyat Malaysia bersama sama dengan Tun Mahathir untuk berdoa agar YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ini seolah olah menunjukkan bahawa pemergian Tun Mahathir ke Mekah adalah untuk berdoa kepada Tuhan supaya Naib Razak melepaskan jawatan.

Jika benar perkara ini berlaku, Sangkakala rasa pemergian Tun M hanyalah sia sia, itu pun jika benar, tetapi jika ianya hanyalah dakwaan Zainuddin, maka nanti terimalah akibat daripada memfitnah orang yang melakukan umrah.

Kalau betul tak suka dengan Perdana Menteri sekalipun, janganlah sampai memfitnah sedemikian rupa dan sampai sanggup mengajak rakyat Malaysia bersama sama dengan Tun M yang dikatakan akan mendoakan supaya Najib Razak melepaskan jawatan.

Tapi sekiranya benar apa yang Zainuddin perkatakan bahawa Tun M pergi menunaikan Umrah dan berdoa supaya Najib Razak melepaskan jawatan, seperti yang Sangkakala katakan tadi, pemergian tersebut hanya sia sia dan sepatutnya Tun M mendoakan agar Malaysia aman dan makmur serta diberi hidayah oleh Allah SWT.



Isnin, 11 Mei 2015

KENAPA SETIAP TINDAKAN @NajibRazak SERBA TAK KENA ???

Sejak akhir akhir ini nampaknya setiap tindak tanduk Perdana Menteri serba serbi tak kena dikalangan beberapa orang bekas pemimpin.


Walaupun beberapa penambahbaikan telah cuba dilakukan namun ianya masih tidak dapat memuaskan hati mereka dan ini sebenarnya memberikan persespsi negatif terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Sangkakala berani mengatakan bahawa dengan beberapa tindakan yang dilihat menyerang kepimpinan YAB Perdana Menteri sebenarnya memberikan peluang dan ruang kepada pembangkang untuk dijadikan isu menyerang kerajaan.

Pembangkang kini dilihat lebih menyepikan diri apabila bara yang mereka wujudkan telah disiram dengan minyak oleh orang BN sendiri dan sudah pasti tindakan sedemikian sebenarnya memberikan kelebihan kepada puak pembangkang.

Selalu juga terdengar ada perbandingan dilakukan diantara Najib dengan Tun Mahathir dari segi kepimpinan.

Bagi Sangkakala ianya amat mudah, semua manusia di muka bumi mempunyai ayah, namun tidak semua karektor seorang ayah itu afalah sama walaupun panggilan kepada seorang ayah itu serupa.

Tapi perlu kita lihat, matlamat seorang ayah itu adalah menuju ke satu arah iaitu memberikan yang terbaik buat anak anaknya.

Dari bisikan bisikan yang didengar, perbandingan yang dibuat oleh pengikut pengikut tegar ini sebenarnya tidak berasas apabila cuba membuat perbandingan diantara kepimpinan Tun M dengan Najib.

Cuba kita lihat kembali, Tun M sendiri  menerajui negara selama 22 tahun dan ini yang hendak dibandingkan dengan Najib yang baru menjadi Perdana Menteri selama 6 tahun.

Perbezaan selama 16 tahun rasanya tidak memungkinkan kita melihat sejauh mana kebolehan Najib mentadbir negara.

Ada juga suara suara yang mengatakan sekiranya Najib mengikut kehendak atau kata kata Tun M maka negara akan lebih selamat dan maju dan sekali lagi Sangkakala tekankan disini bahawa ianya tidak mampu untuk memberikan jaminan sepertimana yang mereka perkatakan.

Jadi nasihat Sangkakala kepada mereka mereka ini supaya berhentilah dari memberikan peluru kepada pembangkang sebab nanti Sangkakala percaya, yang memberikan peluru ini tidak mampu untuk menangkis serangan yang diajukan oleh pembangkang kepada kerajaan dan dimasa itu nanti, jangan pula nak salahkan pihak itu dan ini kerana gagal mempertahankan kerajaan kerana pada awalannya kita sendiri yang merosakkan parti.

Ada juga suara yang mengatakan bahawa Najib Razak tidak mampu bersuara untuk membawa kemajuan kepada rakyat dan Sangkakala amat bersetuju tetapi, bagaimana seorang pemimpin hendak menjayakan perancangan jika segala perancangan yang dibuat tidak mendapat sokongan dari orang sendiri hanya semata mata tidak sehaluan.

Ini juga sebenarnya menampakkan ciri ciri ketidak matangan para pengikut sebab kita sendiri boleh menilai apabila video Anwar Ibrahim tersebar, ahli ahli mereka tidak pernah mengata kepimpinan mereka, bahkan pengikut PR akan cuba sedaya upaya mempertahankan pemimpin mereka bermati matian.

Sikap ini sebenarnya tidak ada dalam jiwa pengikut Barisan Nasional dan apa yang Sangkakala nampak, agenda pribadi mengatasi agenda parti.




Ahad, 10 Mei 2015

PUNCA SEBENAR TABUNG HAJI DISERANG HEBAT

Sehari dua ni Sangkakala lihat serangan begitu hebat dihalakan kepada Tabung Haji apabila Lembaga kewangan tersebut membeli tanah di kawasan Tun Razak Exchange atau TRX daripada sebuah syarikat pembangunan iaitu 1MDB.


Ada juga yang sanggup untuk membuat provokasi kononnya Tabung Haji menggunakan wang penyimpan untuk membeli tanah di kawasan segitiga emas tersebut dan meminta supaya penyimpan mengeluarkan wang nereka daripada simpanan.

Yang menyedihkan pula apabila ada dikalangan penyokong kerajaan juga terikut ikut dengan provokasi puak puak yang tidak bertanggungjawab ini atau lebih tepat jika disebut puak puak yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti Tabung Haji.

Tambahan pula baru baru ini Sangkakala lihat ada dikalangan ketua ketua pemuda UMNO mula seolah olah menyerang Tabung Haji dan 1MDB kononnya mereka ini mewakili suara akar umbi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan Pemuda UMNO ini kalau dilihat bukan persoalan walaupun mereka mengatakan bahawa mereka sekadar bertanya sebab, setahu Sangkakala tidak ada pertanyaan yang dibuat jadi bagaimana mungkin jawapan akan diperolehi.

Soalan yang Sangkakala maksudkan ialah kepada pengurusan Tabung Haji dan 1MDB sendiri tetapi semenjak dua menjak ni Sangkakala lihat serangan tersebut adalah lencongan untuk matlamat yang lain.

YB Dato' Azeez Rahim merupakan seorang ahli majlis tertinggi UMNO Malaysia dan juga merupakan bekas exco pemuda UMNO Malaysia dan dari apa yang Sangkakala lihat, tidak langsung wujud permasaalahan sekiranya mereka (pemuda) mengajukan pertanyaan untuk mendapatkan kepastian.

Kita semua sedia maklum bahawa, tak lama sebelum serangan ke atas Tabung Haji ini, serangan awal telah dilakukan kepada 1MDB terlebih dahulu sehingga ada yang meminta supaya Najib Razak selaku Perdana Menteri melepaskan jawatan kononnya berlaku ketirisan wang dalam negara akibat daripada perniagaan yang dijalankan oleh 1MDB.

Dari sini dapat kita lihat juga bahawa serangan keatas Tabung Haji bukan kerana pembelian tanah tersebut, tetapi atas kapasiti ianya ada urus niaga dengan 1MDB dan ianya juga berkait dengan Perdana Menteri.

Adakah serangan ini sebenarnya untuk memberi tekanan kepada Najib Razak untuk melepaskan jawatan? 

Berbalik kepada cerita Tabung Haji.

Kita semua tahu dan maklum bahawa Tabung Haji adalah sebuah lembaga yang menguruskan pemergian rakyat Malaysia yang mahu menunaikan haji di Mekah dan selama Tabung Haji menguruskan wang serta pemergian jemaah haji ke tanah suci, belum pernah sekali terjadi kegagalan jemaah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci akibat dari kegagalan Tabung Haji.

Selama puluhan tahun kita lihat Tabung Haji begitu komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh jemaah untuk menguruskan kewangan mereka untuk sampai ke Mekah.

Seperti yang kita ketahui juga, Tabung Haji ada memberikan dividen kepada para penyimpan dan dividen ini datangnya dari beberapa buah anak syarikat Tabung Haji yang telah pun menjalankan perniagaan dan hasil dari keuntungan berkenaan maka subsidi untuk menunaikan haji serta bayaran dividen tahunan diperolehi.

Tapi kali ini ada sedikit kemusykilan apabila tanah yang dibeli oleh Tabung Haji di TRX menjadi pertikaian dan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Tabung Haji sedangkan yang membeli tanah berkenaan ialah TH Properties yang merupakan salah sebuah anak syarikat Tabung Haji yang setahu Sangkakala telah pun establish didalam dunia perniagaan.

Tapi serangan ke atas Tabung Haji seolah olah TH Properties tidak mempunyai wang dan seolah olah syarikat ini baru bergiat dalam perniagaan dan ini adalah urusniaga pertama TH Properties hingga anak syarikat TH tersebut terpaksa meminjam atau menggunakan wang penyimpan.

Disini Sangkakala lihat ada kekurangan kecerdikan mereka yang membuat pelbagai tohmahan.

Sangkakala rasa cukup dulu buat masa ni, nanti akan disambung pada peringkat kedua pula.



Rabu, 6 Mei 2015

MAJLIS BELIA MALAYSIA MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA ANAK MANGSA KEMALANGAN MAUT #MBM

Anak kepada mangsa kemalangan maut yang berlaku baru baru ini terus mendapat pembelaam dan siang tadi, Majlis Belia Malaysia melalui Presiden nya telah tampil menghulurkan bantuan kepada anak anak arwah mangsa kemalangan tersebut.




Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal siang tadi telah menziarah anak anak arwah dan seterusnya menyampaikan bantuan berupa wang Tabung Skim Simpanan Pelajaran Malaysia (SSPN) berjumlah RM 1000 dan disampaikan kepada nenek kanak kanak berkenaan.

Saudara Ghadafi yang juga merupakan Pengerusi Biro Keselamatan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengadakan lawatan bersama sama beberapa orang exco Majlis Belia Malaysia ke rumah nenek kanak kanak malang tersebut siang tadi.

Menurut kata Saudara Ghadafi, ini adalah salah satu cara bagaimana untuk kita membantu kanak kanak tersebut demi untuk keselesaan mereka dimasa hadapan dan ini juga adalah salah satu kewajipan bagi sebuah NGO yang mewakili anak anak muda di seluruh negara bagi meringankan beban mereka kelak.

Beliau juga menyeru agar orang ramai untuk terus menyalurkan bantuan kepada kanak kanak berkenaan yang kehilangan ibu serta auah dan adik mereka dalam kemalangan maut yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata bahawa kanak kanak ini perlu dibantu demi untuk kepentingan pelajaran mereka dimasa akan datang dan atas kesedaran tersebut, maka Majlis Belia Malaysia telah memberikan bantuan berupa wang Tabung Pendidikan berkenaan.

Sangkakala mengucapkan tahniah diatas keprihatinan Majlis Belia Malaysia terhadap anak mangsa.



Selasa, 5 Mei 2015

LAWATAN @nohomar KERUMAH PENGUNDI RAPATKAN SILATURAHIM #prkpermatangpauh

Hari ni Datuk Seri Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor melawat beberapa rumah kediaman pengundi dalam siri kempen PRK Permatang Pauh.





Semua pengundi yang dilawati oleh YB Datuk Seri Noh merasa selesa dan kesemua dikalangan mereka berjanji untuk memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional yang merupakan anak tempatan serta di kenali oleh ramai orang di Permatang Pauh.

Ada yang mengatakan bahawa Wan Azizah yang pernah menjadi ahli parlimen kawasan tersebut satu masa dulu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat yang sempurna.

Dan atas sebab itu jugalah mereka nekad kali ini untuk merubah kedudukan kerusi politik dengan memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional.