Isnin, 16 Jun 2014

SAH BLOGGER BANGANG CUBA NAK DAPATKAN HIT

Sangkakala terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh sebuah laman blog yang mungkin kini sedang mencari hit untuk menaikkan ranking blog dengan isu yang tak seberapa.

Blogger TheUnspinner yang sememangnya kaki spin tapi tak mengaku jelas menunjukkan kebodohan sendiri apabila tidak faham bahasa melayu walaupun blogger tersebut menulis dalam bahasa melayu.

Tidak ada perangkap untuk memerangkap sesiapa dalam kes kononnya usul yang ditarik semula oleh ADUN BN Selangor dan jelas sekali bahawa jika dibawa sekalipun maka ianya tidak akan diberikan undi oleh ADUN PAS yang lebih risau tentang kedudukan mereka dalam pakatan dan kerajaan Selangor.

Seperti kata seorang ADUN Selangor semasa usul yang dibawa oleh  UMNO Selangor seperti yang Sangkakala tulis sebelum artikel ini, mereka (PAS) faham bahawa UMNO cuba untuk membawa satu usul yang melibatkan COMANGO tetapi mendapat tentangan dan ditolak oleh Dewan Undangan Negeri kerana ia kononnya tidak mendatangkan masalah kepada rakyat Malaysia beragama Islam.

Apakah itu masih belum cukup lagi membuktikan bahawa PAS Selangor sekali lagi akan menolak usul tersebut dalam Dewan Undangan Negeri?

Sepatutnya PAS bersyukur kerana dengan penarikan balik usul berkenaan membuatkan PAS menarik nafas lega kerana tidak terbeban dengan dilema yang akan diterima apabila terpaksa menentang atau terpaksa menurut usul berkenaan dalam Dewan.

Jika ditentang maka PAS kan dilihat tidak konsisten dalam perjuangan mereka yang ingin sekali melaksanakan hudud di negara ini dan jika mereka memberikan undi bersetuju, maka apa akan jadi dengan hubungan mereka bersama dengan DAP dan PKR?

Ini juga akan membuatkan PAS berada seperti ditelan mati mak diluah mati bapa dan seperti soalan Sangkakala dalam artikel sebelum ini, adakah PAS akan memberikan undi mereka jika ianya dibahaskan dalam dewan dan sejauh mana keyakinan blogger theunspinner bahawa ADUN PAS akan bersetuju?

Sangkakala yakin ADUN PAS tidak akan berani mengangkat muka kepada DAP dan PKR untuk memberikan sokongan kepada usul berkenaan dan adalah menjadi perkara sia sia jika usul tersebut tetap dibentangkan ibarat mencurah air ke daun keladi.

Jadi bersyukurlah PAS kerana 16 orang ADUNnya terselamat daripada menerima bom jangka dari UMNO kerana ianya telahpun dimatikan dan kepada blogger theunspinner, fahami dulu betul betul tindakan yang diambil bukannya menulis tanpa berfikir.


5 ulasan:

Awanama berkata...

Macam mana la kau ni umno lantik jadi pegawai jaga media sosial.

Apa masaalahnya kalau usul tu pas tak sokong. Kita semua sudah maklum pas bukan ada telor. Jadi usul tu umno bawa ke dewan kalau pas tak sokong so itu dah boleh jadi bahan sampai pru akan datang.

Nampanya umno cuba menyelamatkan maruah pas. Apa umno ada secret deal ke dengan adun pas.

Awanama berkata...

Ayam

sangkakala berkata...

Kalau tak tau isu tak payah sembang lah..kena tau kronologi dulu..pandang ikut banyak sudut..bukan ikut satu sudut..tu pasal korang tak jadi wakil rakyat

Labu8455 berkata...

Mu ni bodo sungguh...blogger taik minyak

sangkakala berkata...

Cerdik sangat ke yang mengatakan org lain bodo tu?? Atau dah terlebih bodo lagi??