Isnin, 30 Jun 2014

@khalid_ibrahim DISERANG OLEH PENGERUSI DAP SELANGOR

Nampaknya serangan demi serangan dilakukan oleh pemimpin Pakatan sendiri terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Semalam Tony Phua pula mengkritik Menteri Besar dengan mengatakan bahawa Khalid jangan menyalahkan mana mana pihak ekoran kekurangan bekalan air dinegeri tersebut.


Khlaid mengatakan bahawa kekurangan bekalan air di Selangor berpunca da4ipada Syarikat Bekalan Air Selangor tetapi disanggah oleh Tony seolah olah beliau menyalahkan Khalid dalam soal tersebut.

Ini le rupa kepimpinan dalam PR yang akan menyalahkan diantara satu sama lain dalam pelbagai permasaalahan dan dengan aalah menyalah ini biasanya akan membuatkan rakyat terpaku seketika hingga lupa bahawa kekurangan bekalan air di Selangor berpunca daripada kedegilan kerajaan negeri dalam pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang sepatutnya siap pada tahun ini.

Tapi seperti biasa, Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan Pakatan akan mengatakan bahawa ianya adalah kesalahan SYABAS dan mereka tidak akan sesekali mengakui kesilapan tersebut walaupun perkara ini telah dibincangkan bertahun lamanya.

Kepimpinan yang sebegini sepatutnya ditolak untuk kesejahteraan sesama rakyat di Selangor memandangkanbterlalu banyak perkara yang pincang dalam kepimpinan kerajaan dan kegagalan demi kegagalan dilihat dalam pentadbiran kerajaan negeri.



Tiada ulasan: