Jumaat, 13 Jun 2014

#DSIS @ismailsabri60 PERANAN MEDIA MEMBUNUH PERANAN ORANG TENGAH @NajibRazak

Malam tadi satu program telah diadakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Sri Ismail Sabri bagi menghargai peranan penggiat media tidak kira apa juga medium sama ada cetak, elektronik atau media alternatif.

Memang dalam segala penyampaian sesebuah berita atau makluman, peranan media amat diperlukan dan nampaknya Dato Sri Ismail Sabri telah melihat perkara ini dengan amat mendalam.

Dalam kementerian pertanian, pelbagai makluman dan pemberitahuan tentang segala apa yang dilakukan oleh pihak kementerian diambil berat oleh pihak media, ini termasuklah makluman tentang program dan kempen yang dolancatkan oleh kementerian tersebut.

Seperti yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian sekarang bagi membantu golongan petani, penternak dan nelayan dengan melakukan jihad terhadap orang tengah yang dilihat selama ini mengambil keuntungan berlipat kali ganda dan tindakan mereka ini sebenarnya telah membuatkan para petani, penternak dan nelayan dinegara ini masih ditakuk lama sedangkan pengeluaran mereka mampu untuk menampung kehidupan bahkan lebih dari itu.

Bagi merealisasikan kempen jihad orang tengah ini, Dato Sri Ismail mengatakan bahawa peranan dan bantuan dari penggiat media amat diperlukan dan peranan penggiat media dalam memerangi mereka mereka yang bergelar orang tengah.


Bagi Sangkakala, penggiat media ini sebenarnya mampu untuk membunuh perniagaan orang orang tengah ini yang dilihat memang tidak berhati perut dengan membeli barangan atau hasil pengeluaran para petani, penternak dan nelayan di negara ini dengan harga yang amat murah kemudian memasarkannya dengan harga yang tinggi.

Beberapa perkara lagi yang dilakukan oleh orang tengah atau peraih ini dilihat menjerut tengkuk para petani, penternak dan nelayan ini dengan memberikan pinjaman kepada mereka kemudian mereka ini terpaksa menjual hasil pengeluaran mereka kepada peraih dengan kadar harga yang diberikan oleh peraih tersebut.

Dalam situasi ini, Sangkakala dimaklumkan bahawa pihak TEKUN telah menyediakan pinjaman bagi menyelesaikan masalah hutang mereka dengan orang tengah dan pinjaman ini tidak dikenakan faedah malah ada cara bayaran mudah yang diberikan oleh pihak TEKUN bagi membantu para petani, penternak dan nelayan dalam menyelesaikan kemelut yang mereka tanggung selama ini.

Pelbagai lagi kemudahan yang dilakukan oleh pihak kementerian dan Sangkalala yakin, penggiat media di negara ini sentiasa akan memberikan bantuan seberapa perlu bagi menjayakan setiap perancangan kerajaan khususnya kementerian pertanian.



Tiada ulasan: