Khamis, 26 Jun 2014

#DSIS @ismailsabri60 PENANAMAN CENDAWAN MAMPU JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Hari ni satu sambutan hari cendawan di adakan di Kelang Selangor dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Sri Ismail Sabri.



Menurut kata Dato Sri Ismail Sabri, hasilan cendawan bukan sahaja hanya untuk dimakan tetapi ianya juga mampu untuk dibuat produk kecantikan serta perubatan dan buat masa ini hanya 16% daripada cendawan yang ada dalam pasaran di Malaysia adalah keluaran tempatan mana 84% lagi diimport dari luar negara dan ini membuatkan potensi bagi memperolehi pendapatan lumayan dari hasil penanaman cendawan adalah tinggi.

Oleh yang demikian juga, tanaman cendawan telah dipilih sebagai satu projek AGROPRENEUR MUDA CENDAWAN bagi menggalakkan golongan muda untuk menceburkan diri dalam projek penanaman cendawan.

Pihak MoA juga menyediakan peruntukan sebanyak RM 1 juta setahun bagi membekalkan benih benih cendawan kepada para pengusaha tanaman tersebut bahi menggalakkan pengeluaran cendawan dalam negara.




Peluang seperti ini tidak sepatutnya dilepaskan oleh golongan muda dalam usaha untuk mencari pendapatan melalui sumber pertanian disamping meningkatkan hasil pengeluaran dalam negara.


Tiada ulasan: