Sabtu, 7 Jun 2014

PANAS !! AMENOWORLD TERLIBAT SAMA DALAM PEMERHATIAN

Sangkakala ingat hanya Sangkakala sorang yang terlibat dalam pemerhatian perdebatan diantara Yuseri Yusoff dengan pihak PPIM, rupanya blogger Amenoworld juga turut terlibat sama dalam pemerhatian ini.

Baca DISINI..

Daripada apa yang Sangkakala lihat semalam, Yuseri Yusoff telah berjaya membawa isu ini hangat ke dalam penglihatan penggiat penggiat maya terutamanya mereka yang aktif dalam laman facebook.

PPIM dilihat gagal menangani isu bahawa mereka telah meminta sesuatu dari syarikat cadbury sepertimana yang didakwa oleh saudara Yuseri Yusoff sejak beberapa hari lalu.






Perdebatan juga Sangkakala lihat jadi lebih panas apabila beberapa orang penggiat media dilihat campur tangan dalam mempertikai perlakuan yang dilakukan oleh kedua dua pihak dan Sangkakala dapat lihat Yuseri Yusoff telah meminta pihak PPIM supaya bersumpah dengan mengatakan bahawa pihak PPIM tidak pernah meminta apa apa daripada syarikat Cadbury tetapi ianya seperti cuba dielak oleh pihak PPIM.

Dalam diam tak diam, rupanya pihak PPIM telah memghantar mesej persendirian kedalam kotak mesej dalam facebook yang meminta Yuseri Yusoff untuk berjumpa dengan pihak PPIM untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku.


Sangkalala agak hairan disini, kenapa perlu berjumpa dengan Yuseri Yusoff dan menghantar mesej peribadi melalui kotak mesej tetapi tidak memberitahu berhasrat untuk bertemu dengan Yuseri dalam ruangan komentar agar ianya dapat dilihat oleh semua yang terlibat dalam pemantauan krisis yang berlaku.

Apakah ada sesuatu yang hendak disampaikan oleh PPIM kepada Yuseri fan dari pengamatan Sangkalala, perkara ini seperti ada udang disebalik batu dan ada kemungkinan PPIM mahu menyelesaikan perkara ini dengan Yuseri sama ada melalui perbincangan tertutup ataupun memberikan imbuhan agar perkara ini didiamkan.



3 ulasan:

Awanama berkata...

apa business dato nadzim ni aa, dia ada 15 kereta mewah parking kt villa puteri tu

Awanama berkata...

kereta mewah 15 bijik biar betul?

Awanama berkata...

ingat lagi tak pasal kes 4 budak melayu yang bogelkan budak cina di highway duke dulu.. boleh tanya datuk nadzim sapa bagi arahan.. sapa budak budak tu.. kenapa beriya riya PPIM carikan lawyer untuk derang untuk tutup mulut... dah hampir setahun kes tu berlalu dan budak budak tu masih lagi di reman di penjara sg buluh... 18 June ni perbicaraan di mahkamah shah alam kamar jenayah 8.. korang bleh tengok sapa yang ada dalam tu...