Isnin, 23 Jun 2014

PERKASA BERHIMPUN DI ISTANA NYATAKAN SOKONGAN KEPADA MAIS

Pagi tadi Sangkakala sempat mengikuti satu perhimpunan anjuran dari Pertubuhan Peribumi Perkasa atau PERKASA di hadapan pintu masuk Istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menyatakan sokongan kepada MAIS dan JAIS.

Baru baru ini 4 orang ahli parlimen dari Selangor telah menyatakan bahawa kerajaan Selangor perlu merombak perlembagaan atau undang undang tubuh kerajaan negeri dengan mengurangkan kuasa MAIS berikutan kes rampasan bibble di negeri tersebut.


Presiden PERKASA turut hadir ke perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan pertubuhan itu kepada MAIS dan dalam ucapan Presiden PERKASA,  beliau meminta supaya Peguam Negara segera mengambil tindakan dengan membawa kes tersebut ke mahkamah memandangkan kes tersebut telah juga disebut oleh Duli Yang Maha Sultan Selangor.


Himpunan tersebut juga melihat satu memorandum telah dihantar Ke Bawah Duli Tuanku yang menyatakan bahawa pertubuhan PERKASA menyokong tindakan MAIS dan mahu kuasa Majlis tersebut dikekalkan dibawah kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Selangor.

Seramai lebih 500 orang dilihat berada dalam himpunan tersebut terdiri daripada ahli PERKASA dan beberapa NGO lain dari Selangor dan ada juga yang hadir dari negeri lain berikutan mereka juga hadir dalam perbicaraan kes kalimah Allah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.




3 ulasan:

Awanama berkata...

Allahhuakbar, ya allah berikan kekuatan dan iman kepada kami dan lindungi lah kesejahteraan ke bawah Duli Sultan Selangor. amin...

Awanama berkata...

Wakakakakakaka

Tak jadi berhimpun kat dalam istana, kat pintu luar pon jadi lah.

Wakakakakakaka

sangkakala berkata...

Luar ke dalam tak jadi masalah..janji mereka bersatu menyokong tindakan MAIS dan JAIS, bukan macam sesetengah pihak yang lebih suka menyokong kristian dan dilihat lebih kristian dari kristian yang ada..