Khamis, 19 Jun 2014

KRONOLOGI INI PERLU DI KETAHUI TERUTAMA SEKALI PAS @tunfaisal

1.Kes bermula dari maklumat orang awam diterima oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS ttg penerbitan naskhah buku untuk agama bukan Islam yang di dalamnya kalimah "Allah" oleh PBM di alamat   No. 2 Jalan SS 20/10, Damansara Kim, Petaling Jaya pada 29 Ogos 2013

2.Berikutan itu pemeriksaan telah dibuat di premis tersebut pada 2hb Jan 2014 dan JAIS telah menemui dan menyita beberapa naskhah Bible Al-Kitab Berita Baik yang diterbitkan oleh PBM.  

3.Semakan di dalam Bible Al-Kitab Berita Baik dan Bup Kudus Baru mendapati kalimah "Allah" sememang nya telah digunakan dengan kerap di dalam Kitab-kitab berkenaan.


4.Penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible Al-Kitab Berita Baik dan Bup Kudus Baru adalah jelas dilarang di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1, Enakmen 1988 dan merupakan satu kesalahan.

5."SAYA TIDAK TAHU", itulah antara kenyataan Sallehin Mukhyi berkenaan serbuan oleh 20 orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara semalam yang turut merampas lebih 300 naskhah Bible bahasa Melayu dan Iban (Jawa Bernam-3/1/14)

 6. Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata: walaupun tindakan JAIS itu berasaskan Enakmen 1988 (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim), ia telah meninggalkan kesan yang berbekas dalam hubungan antara agama di negara ini."Persoalan kebebasan agama yang termaktub dalam perlembagaan kita dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seolah-olah tercemar dengan tindakan JAIS dan mengisyaratkan sesuatu yang bercanggah dengan perintah dan firman Allah yang maksudnya "Tiada kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa Rahmat ke Alam" (astro awani-3/1/14)

7.Penyiasatan telah dilakukan oleh pihak JAIS & Kertas Siasatan lengkap telah dikemukakan kepada  Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan arahan tuduhan terhadap suspek yang terlibat. Kertas Siasatan telah dikembalikan semula ke JAIS pada 7hb Februari 2014 dengan arahan untuk dibuat siasatan lanjut.

8. Kertas Siasatan telah disempurnakan mengikut arahan Peguam Negara dan telah diserahkan semula pada 5 Jun 2014 di mana pihak JAIS sekali lagi mengesyorkan supaya pihak Timbalan Pendakwaraya membuat keputusan untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab menerbit dan mengedarkan Bible Al-Kitab yang mengandungi perkataan  kalimah  "Allah".

9.Asas yg kukuh utk pendakwaan ialah:

i)PBM adalah satu pertubuhan yang didaftarkan di Negeri Selangor (ROS) dengan alamat berdaftar di No. 2, Jalan SS20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya iaitu  tempat kejadian rampasan buku Bible Al-Kitab Berita Baik pada 02/01/2014 jam 1.23 petang.

ii)PBM adalah jelas sebagai pemilik penerbitan buku Bible Al-kitab Berita Baik dan Bup Kudus Baru dan salinan dokumen berkaitan penerbitan.

iii)BSM juga adalah pihak yang bertanggungjawab membuat pesanan mencetak dan seterusnya mengimport Bible Al-Kitab Berita Baik dari Lembaga Al-Kitab Indonesia. Keterangan drpd pengurus pejabat PBM di tempat kejadian, pegawai Kastam Diraja Malaysia dan pernyataan pegawai dari syarikat 'forwarding' yang digunakan oleh PBM dalam urusan mengimport Bible Al Kitab Berita Baik.

10.TS Ghani Patail mendakwakan JAIS telah tersalah langkah dalam rampasan kitab injil di Selangor Januari lalu dan mengarahkan supaya kes tersebut ditutup. Berhubung Bible Al-kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang. (MKini-11/6/14)


11.MAIS bertegas untuk mempertahankan keputusan awal bahaw ada ruang untuk teruskan pwndakwaan (mesy MAIS 13/6/14)


12.Mufti Selangor Dato Tamyes berkata JAIS tidak akan memulangkan bible yang dirampas kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana jelas menggunakan Kalimah Allah. (Antarapos-15/6/14)

13.Pertemuan 100 wakil ngos Islam dengan Pengerusi MAIS tanda sokongan kepada tindakan pihak MAIS (16/6/14)

14.Kenyataan 4 MP PAS dari Selangor (Khalid Abdul Samad, Che Rosli Che Mat, Hanipa Maidin & Siti Mariah) menggesa kerajaan negeri agar meminda undang-undang untuk MENGHAPUSKAN kuasa eksekutif Majlis Agama

(mkini-17/6/14)

15.DS Najib menegaskan selaras dengan Perkara 3(1) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan,Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mesti berunding dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail jika pihak majlis agama negeri itu berpendapat keputusan untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan terhadap PBM perlu dikaji semula. (BH-17/6/14)


16.Laporan Polis terhadap 4 MP Pas dari Selangor yang dilihat berunsur niat jahat dan menghasut oleh Penyelaras Jati Selangor (18/6/14)


17.Pas Selangor menegaskan kenyataan empat ahli Parlimennya berhubung gesaan kerajaan negeri mengkaji semula enakmen dalam peruntukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), tidak langsung mewakili pandangan keseluruhan parti.Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata (utusan-19/6/14)


18.Laporan polis terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pas telah dibuat oleh pihak individu dan ngos di seluruh negeri Selangor.

19.Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut perintah mahkamah dengan memulangkan Bible berbahasa Melayu dan Iban kepada pendakwa raya.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, isu tersebut kini dibawah keputuan mahkamah samaada untuk memulangkan Bible tersebut kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) atau menghapuskannya.(19/6/14)


20.Himpunan Menjunjung Kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan sokongan padu terhadap MAIS dirancang akan diadakan di hadapan Istana Kayangan Shah Alam pada 23hb Jun 2014.

Daulat Tuanku!
Hidup Islam!
Bangkit Melayu!



Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan: