Rabu, 11 Jun 2014

BERBULAN MADU JUGA KENA CUKAI !!!

Apabila kerajaan pusat memutuskan untuk melaksanakan GST atau Goods and Services Tax, maka melompatlah juak juak pembangkang yang mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional zalim dan kejam serta tidak bertimbang rasa walauoun cukai tersebut akan menggantikan cukai yang lebih besar kepada lebih kecil.

Tapi apabila kerajaan Pulau Pinang pula mengenakan cukai katil sebanyak RM 3 tidak pula juak juak ni nak berbunyi dan menyalak segala bagai dan ada juga kedengaran, berapa sangat nilai cukai tersebut.

Bukan nilai kecil atau besar yang dipersoalkan tapi apa yang penting ialah cukai yang tidak masuk akan ini tetap dilaksanakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan ianya bermula pada 1 Jun yang lalu.


Sangkakala rasa kalaulah kerajaan pusat yang mengenakan cukai tersebut mau pecah laman facebook atau twitter atau apa juga laman media menghentam kerajaan dengan pelbagai tohmahan dan caci maki, tapi bila kerajaan DAP semua diam menyepi.

Tapi walau apa pun, kepada mereka yang bercadang untuk berbulan madu di Pulau Pinang kos untuk berada di atas ranjang kini bertambah.



2 ulasan:

Awanama berkata...

Apa susah mennginap di kedah, bukan jauh sangat. lama kelamaan hotel di penang tiada orang akhirnya lingkup.

Awanama berkata...

Apa susah menginap di kedah, bukan jauh sangat, lama-kelamaanhotel di penang tiada orang dan akhirnya tutup.