Ahad, 29 Jun 2014

PANDAI DAP 'CELAKA' MENYUSUN KEDUDUKAN MENTERI

Sejak bila pula DAP ni pandai menyusun kedudukan Menteri yang mana layak dan yang mana tak layak?

Bukan ke selama ni semua menteri dalam kerajaan Barisan Nasional dianggap tidak layak duduk di kerusi tersebut oleh pakatan pembangkang?

Hari ni Teresa Kok pula mengeluarkan kenyataan meminta supaya Perdana Menteri meletakkan orang lain sebagai Menteri Dalam Negeri dan YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diganti kononnya tidak layak berada di kerusi berkenaan.

Ini semua gara gara Datuk Seri Zahid telha mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang berlaku kepada ADUN DAP Pulau Pinang yang mengatakan bahawa UMNO celaka di lempar kepala lembu dihadapan kediaman beliau.

Datuk Seri Zahid mengatakan bahawa itu adalah harga yang patut dibayar oleh Rayer atas keceluparan mulut beliau yang membuatkan orang ramai marah.

Bagi Sangkakala, memang tepat apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Zahid sebab memang Rayer yang telah memulakan permainan api ini terlebih dahulu dan jika ada yang bermain api juga jangan risau jika badan terbakar.

Takkan sebelah pihak sahaja yang boleh nak bercakap atau lakukan sesuatu, kena la ada pro and cont dalam hal hal sebegini.

Kepada Teresa Kok, jangan nak lebih sangat, kalau ada yang sesuai untuk gantikan Datuk Seri Zahid sila nyatakan nama tapi jangan le namakan Ahli Parlimen Pembangkang pulak untuk jadi menteri, itu kerja bodoh namanya.



Tiada ulasan: