Sabtu, 28 Jun 2014

GERAKAN JANGAN CEPAT MELATAH !!! APA PUN BOLEH BERLAKU

Insiden membaling kepala lembu yang berlaku keatas ADUN Pulau Pinang yang menyebut perkataan UMNO celaka dalam sidang DUN negeri tersebut serta mengulanginya dalam satu ceramah memdapat perhatian daripada seorang ahli parti Gerakan.

Ketua biro hak asasi dan undang undang Gerakan membidas kenyataan YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa itu adalah harga yang patut dibayar atas keceluparan mulut ADUN tersebut.


Sangkakala nak bertanya pula pada Baljit Singh, kenapa baru sekarang beliau bersuara tentang hak asasi individu seperti Rayer? Adakah hanya semata mata beliau seorang lelaki beragama hindu seperti Baljit juga? Kenapa beliau tidak bersuara untuk membidas Rayer semasa  ADUN tersebut mengeluarkan perkataan UMNO celaka dalam sidang DUN dan dalam ceramah?


Kenapa perlu wujud double standard dalam kenyataan Baljit sedangkan Rayer pernah mengeluarkan perkataan celaka tersebut namun beliau berdiam diri, adakah ianya disebabkan beliau bukan orang Melayu maka Rayer berhak untuk berkata sesuka hati tanpa mengira sensitiviti kaum sepertimana yang disebut oleh Baljit?

Kalau nak berhujah atau bercakap atau mempertahankan mana mana pihak, jangan la sampai wujud double standard kepada mana mana bangsa.

Sangkalala rasa tidak mustahil perlakuan ini dilakukan oleh orang bukan Melayu dalam usaha melaga lagakan keharmonian atau memburukkan nama bangsa Melayu dan Rayer tidak sepatutnya membidas apa yang di katakan oleh Yb Datuk Seri Ahmad Zahid memandangkan beliau tidak berdetik sedikit pun semasa Rayer mengeluatkan perkataan celaka yang ditujukan kepada UMNO yang kesemua ahlinya orang Melayu atau bumiputera.

Nak bercakap boleh, nak kritik pun boleh, tapi biar dari mula dan jangan le ambil di tengah tengah sebab nampak sangat nak jaga sensitiviti satu kaum atau boleh Sangkakala katakan disini sebagai berat sebelah.

Kalau nak tunjuj hero tu biarlah kepada semua, takkan si Rayer tu ucap terima kasih pun kalau ada sesiapa mengeluarkan apa apa kenyataan dan Sangkakala pula mengatakan padan muka Rayer dan lain kali boleh celupar lagi di mana mana tempat.

Dan kepada ahli parti komponen, jangan le cepat sangat melatah nak pertahan mana mana ADUN atau Ahli Parlimen pembangkang dengan menghentam orang dari parti sendiri.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boss, satu lagi kepala lembu utk banggali nie...ada janggut ada misai tu singh! Dia nie adik beradik kapal selam singh jugak!

Tanpa Nama berkata...

ada misai ada janggut itu brader singh..jdi jaga satu senapang peluru dua..