Ahad, 18 Mac 2018

@DrRaisYatim DARI DULU HINGGA KINI JADI TALIBARUT @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Tindakan bekas Menteri dan kini menjawat jawatan sebagai Penasihat Sosio Kebudayaan Kerajaan Malaysia bertaraf Menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim menempelak dan menuduh Pengarah Unit Komunikasi Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA, Tun Faisal Ismail Aziz sebagai 'TALIBARUT' dilihat sebagai seorang bejas pemimpin yang biadap.


Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan sebagai seorang Menteri dan kini dilantik sebagai Penasihat Sosio Budaya bertaraf Menteri, perkataan sebegitu tidak seharusnya keluar dari pihak beliau dalam apa medium sekalipun.

Semua kisah ini bermula apabila Rais mempertikai tentang kisah Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB dan digembar gemburkan oleh pihak pembangkang.

Rais yang kini bertaraf Menteri sepatutnya lebih mengetahui tentang perjalanan kisah 1MDB dan Jho Low tambahan pula beliau merupakan seorang peguam.

Beratus ratus kali penjelasan telah dibuat oleh pihak 1MDB dan pihak kerajaan, takkan Rais tak faham atau tertinggal bas dalam perkara tersebut hingga perlu mempersoal tentang kes 1MDB dan Jho Low dalam akaun twitter?

Tindakan Tun Faisal pula Sangkakala lihat tepat dengan meminta Rais melepaskan jawatan jika masih mempersoal kes berkenaan 1MDB.

Ini adalah kerana jika menjadi penasihat kepada kerajaan tetapi masih ketinggalan tentang maklumat kerajaan, adalah lebih baik Rais melepaskan jawatan berkenaan dan diberikan kepada orang lain yang mungkin lebih peka tentang penerangan kerajaan.

Berkenaan dengan tuduhan sebagai Talibarut pula, Sangkakala rasa Rais berpuluh tahun menjadi Talibarut apabila pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kabinet dalam kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional.

Dan kini ada kemungkinan Rais pula cuba bertindak sebagai Talibarut kepada pihak lawan dengan cara mengutarakan kembali kisah 1MDB dengan Jho Low walaupun pihak polis dan Peguam Negara telah mengatakan bahawa 1MDB tidak bersalah.

Sangkakala dapat rasakan bahawa Rais tidak akan lama berada dalam kerajaan Barisan Nasional sebab memang menjadi adat, hentam dulu kemudian keluar parti supaya dilihat sebagai hero rakyat.

Namun kini, rakyat bukanlah bodoh seperti yang disangka oleh Rais dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan simpati sebab, sekian lama cerita 1MDB berlegar di seluruh Malaysia, kenapa baru kini Rais mengemukakan soalan atau pandangan selain daripada mempunyai agenda lain dalam menuju sesuatu maksud.


Tiada ulasan: