Isnin, 19 Mac 2018

ASTAGHFIRULLAH !! BERJANGGUT BERLEBAI TAPI JADI PEMFITNAH @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Berjanggut berlebai tak semestinya melambangkan seseoramg itu beriman dan memiliki akhlak yang baik serta melambangkan peribadi mulia.

Mungkin kerana janggut dan lebai itu lebih menampakkan keimanan bagi sesetengah pihak namun jika melemparkan fitnah maka hilang semua yang kelihatan pada raut wajah.

Seorang netizen yang menggunakan nama Rusli Kasa di dalam akaun facebook nampaknya menggunakan personaliti sebagai orang Islam jelas tidak mempraktikkan apa yang dituntut oleh agama Islam iaitu tidak memfitnah.



Rusli Kasa telah dikesan melemparkan fitnah kononnya jika Barisan Nasional menjadi kerajaan selepas PRU14, maka kadar GST akan dinaikkan kepada 10% berbanding 6% yang dikenakan sekarang.


Belum ada bukti atau perancangan kerajaan Barisan Nasional bagi menaikkan kadar GST yang dikenakan tetapi Rusli dengan mudah melemparkan perkara tersebut kepada orang ramai melalui akaun facebook milik beliau.

Perkara paling penting yang perlu dipersoalkan kepada Rusli ialah, adakah beliau tidak takut dengan hukuman Allah SWT akibat memfitnah? Adakah janggut dan lebai yang beliau pakai membolehkan beliau terlepas dari hukuman kerana melemparkan fitnah?

Dari raut wajah, Sangkakala dapat rasakan bahawa orang ini kerap kali melakukan ibadat, namun apabila fitnah dilemparkan maka segala amal ibadat yang dilakukan pasti lenyap begitu sahaja.

Nasihat Sangkakala, walau pun menyokong parti pembangiang, janganlah sampai masuk ke pintu neraka, carilah pintu syurga yang pasti akan memberikan kebahagiaan di akhirat kelak.



Tiada ulasan: