Khamis, 22 Mac 2018

AZMIN ALI DISARAN TERJUN DALAM LOMBONG @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Rentetan daripada permasaalahan air yang kian meruncing di Selangor dan kebebalan yang ditunjukkan oleh Azmin Ali dalam menjawap isu berkenaan membuatkan rakyat Selangor kini berada di tahap maksima kemarahan.

Azmin yang mengeluarkan kenyataan bahawa paras air empangan di Selangor melimpah hingga mengeluarkan kenyataan mahu menghumban KSU dan Menteri berkenaan dalam empangan juga dilihat sebagai kenyataan dangkal dan tidak cerdik selaku Menteri Besar sebuah negeri maju.


Seperti yang Sangkakala tulis sebelum ini, adakah Azmin Ali mahu memberi air empangan yang tidak dirawat kepada rakyat Selangor untuk kegunaan harian?

Air empangan walaupun dilihat jernih, namun ianya mengandungi pelbagai bahan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna jika ianya digunakan terus tanpa rawatan dan permasaalahan air di Selangor adalah masaalah air terawat dan bukannya air mentah.

Sangkakala faham Azmin cuba untuk menunjukkan bahawa beliau bijak mentadbir negeri tetapi dalam masa sama, Azmin dilihat kurang bijak dalam menangani permasaalahan air di Selangor.

Seorang netizen dalam facebook pula mengatakan sebelum Azmin nak campak orang lain dalam empangan, adalah lebih baik Azmin sendiri terjun lombong dan ini menunjukkan bahawa netizen berkenaan melihat jawapan Azmin tidak kena pada tempanya.

Tapi itulah hadiah daripada seorang Menteri Besar yang menjadi pilihan kepada rakyat Selangor dan jika kerajaan Pakatan pimpinan Azmin ini tidak di bendung, maka permasaalahan ini tidak akan dapat diselesaikan.


Tiada ulasan: