Selasa, 20 Mac 2018

KERJA GILA !! AZMIN NAK BAGI RAKYAT SELANGOR MINUM AIR EMPANGAN TIDAK DIRAWAT @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Krisis air yang melanda negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru baru ini memperlihatkan bagaimana kehebatan Azmin Ali selaku Menteri Besar negeri Selangor bersilat dalam menahan kemarahan rakyat yang terkesan dengan perkara tersebut.

Perkara terputusnya bekalan air di Selangor ini sudah menjadi rutin bagi sesetengah tempat di Selangor akibat dari kegagalan mentadbir oleh Azmin selaku orang yang mengetuai kerajaan Selangor.

Dalam kenyataan Azmin baru baru ini, beliau dilihat menempelak Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian berkaitan dengan mengatakan bahawa paras air di empangan di Negeri Selangor banyak dan melimpah.



Tidak ada sesiapa pun yang mengatakan air dalam empangan Langat dan Kuala Kubu kekeringan air hingga membuatkan bekalan air terputus.

Tetapi yang dipersoalkan ialah air yang telah dirawat terputus bekalan, takkan Azmin nak suruh seluruh rakyat Selangor minum terus air empangan yang belum dirawat dan sudah pasti tidak diketahui bahan pencemaran yang terkandung dalam air berkenaan.

Sangkakala masih ingat krisis air di Selangor satu ketika dulu dimana kerajaan Selangor mencadangkan agar bekalan air dari lombong dihantar terus kepada pengguna dan ini adalah sangat sangat bahaya memandangkan pencemaran pelbagai jenis bakteria dan bahan enapan yang lain terkandung dalam air berkenaan.

Tapi sebagai mana biasa, Azmin akan terus bersilat membuka langkah sumbang dan yang paling kelakar apabila menyalahkan kerajaan pusat sedangkan kerajaan pusat sudah mencadangkan kolam tadahan Langat 2 bagi menampung keperluan air rakyat Selangor namun ditolak oleh Rejim Azmin di Selangor.


Tiada ulasan: