Ahad, 25 September 2016

@nohomar BIDAS SETIAUSAHA PUBLICITY PEMUDA DAP KEBANGSAAN @NajibRazak

Saya baca kenyataan Setiausaha Eksekutif (Publisiti) Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer kononnya  persempadanan semula SPR akan menjadikan saya Menteri Besar dan rakyat Selangor harus membantah persempadanan semula ini. Saya tegaskan sekali lagi UMNO seperti DAP juga tidak bersetuju dengan persempadan semula yang dibuat oleh SPR. Mereka jangan fikir mereka sahaja tidak bersetuju dan berfikiran persempadanan semula SPR akan memenangkan UMNO di Selangor.


Isu dana PIBG yang dibangkitkan telah dimanupilasi oleh sesetengah pihak walhal saya sebenarnya memuji usaha PIBG SMK Seafield dalam mencari dana tambahan untuk meningkatkan prasarana sekolah walaupun bantuan daripada kerajaan pusat turut diterima. Saya juga mengalakkan PIBG sekolah supaya mencontohi usaha yang dibuat oleh PIBG SMK Seafield. Saya nasihatkan wakil DAP supaya duduk di dalam PIBG mana-mana sekolah dan belajar apa sebenarnya peranan pihak PIBG sekolah sebelum bercakap sesuatu yang memalukan.

Beliau mempertikaikan isu pemberian pinjaman oleh pemaju sebagai cadangan tak masuk akal yang akan membebankan rakyat. Jelas menunjukkan dia ketinggalan dalam perkara ini kerana polisi ini telah wujud dan beberapa syarikat telah pun diberi lesen Pemberi Pinjaman Wang untuk membiayai pinjaman ini sebagai 'bridging' kepada bayaran muka (deposit) pembelian rumah. 

Apa yang saya perkatakan ialah bagaimana untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi masalah untuk mendapatkan dana untuk membayar deposit sekiranya gagal mendapat pinjaman yang tinggi daripada pihak bank.Kadar faedah yang akan ditetapkan akan lebih kurang sama dengan bank kerana kementerian mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar yang sudah pasti tidak akan membebankan rakyat. 

Lebih baik saudara Muhammad Shakir belajar dengan Chegu Bard tentang ketidaktentuan pentadbiran Menteri Besar sekarang yang terpalit dengan isu tanah Wetland, DEIG, Pintu Gerbang,pengurusan PPR dan sampah yang lemah, pengurusan air yang tidak teratur hingga berlaku pencemaran dan bermacam-macam lagi. Tindakan beliau menamakan saya sebagai Menteri Besar seolah-olah menghina Dato Seri Azmin Ali dan memperlihatkan ketidakyakinan DAP Selangor terhadap kewibawaan Menteri Besar dalam memimpin kerajaan caca merba Selangor untuk PRU akan datang.

Tan Sri Noh Omar
Menteri KPKT

Tiada ulasan: