ADUN Damansara Utama hari ini cuba membidas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berikutan isu air yang meruncing di Semenyih pada ketika ini.
Yeo Bee Yin mengatakan bahawa Tan Sri Noh Omar tak perlu mempolitikkan isu air kerana kerajaan negeri dah peruntukkan 1 billion kononnya untuk penambah baikan sistem pembekalan air bersih.
Mungkin ADUN DAP ni lupa agaknya punya permasaalahan air di Selangor bermula apabila kerajaan pusat tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri dalam pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang sepatutnya dapat menyelesaikan masalah berkenaan.
Bukankah pembinaan loji rawatan air Langat 2 telah dipolitikkan oleh kerajaan negeri Selangor yang tidak mahu melihat kerajaan Barisan Nasional membantu rakyat?
Jadi kenyataan yang dibuat oleh ADUN DAP ini sebenarnya hanyalah untuk menyelamatkan diri dan seterusnya menutup kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang hanya memikirkan bagaimana cara untuk mengayakan kroni dalam perniagaan pasir mereka?
Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa ianya untuk mengayakan kroni dalam perniagaan pasir?
Kerajaan negeri kononnya bertindak dengan menjalankan beberapa projek kolam tadahan yang di panggil sebagai Horras dan beberapa kolam digali kononnya untuk membekalkan air.
Tapi apa yang berlaku sebenarnya ialah, pengorekan kolam ini adalah untuk mengeluarkan pasir tetapi dihalalkan dengan alasan untuk membuat kolam tadahan.
Bayangkan sudah berapa lama projek ini dijalankan namun permasaalahan air di Selangor tidak juga selesai tapi pasir terus diangkut keluar dari kawasan tersebut.
Jika kerajaan Selangor memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dalam pembinaan loji rawatan air Langat 2, sudah pasti masalah ini akan selesai dan permasaalahan air di Selangor dijangka akan menjadi lebih buruk pada tahun hadapan.
Ini juga sebenarnya telah membuatkan pelabur takut untuk membina kilang dan seterusnya membuat pelaburan di Selangor berikutan kerisauan tentang permasaalahan air akan mengganggu operasi mereka.
Mungkin ini adalah harga yang perlu dibayar oleh rakyat Selangor yang memberikan undi mereka kepada kerajaan Pakatan yang senantiasa memikirkan tentang politik hingga lupa untuk memikirkan keperluan dan permasaalahan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan