Khamis, 29 September 2016

GUNA AIR HUJAN !! EXCO KERAJAAN TERUK DIHENTAM @NajibRazak @NohOmar #scs14

Kerana terlalu nak menyelamatkan diri, seorang Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri Selangor di hentam teruk oleh rakyat khususnya pengguna laman media sosial.


YB Dr Ahmad Yunus yang merupakan EXCO Kerajaan Selangor dilihat tidak memberikan penyelesaian terbaik kepada rakyat malah sanggup mengatakan rakyat sebagai MALAS jika tidak menggunakan air hujan di saat krisis air sedang meruncing di negeri Selangor.

Mungkin Ahmad Yunus ni tak berapa bijak dalam menangani krisis dan disini Sangkakala nak bagi tau sikit, air hujan memang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Persoalannya sekarang, adakah hujan turun dengan lebat bagi menampung kegunaan harian?

Yang kedua, jika hujan turun dengan paras mencukupi sudah tentu paras air di empangan juga cukup untuk menampung kegunaan rakyat.

Dan oleh kerana tidak ada hujan yang turun, maka bekalan air bagi menampung kegunaan rakyat tidak mencukupi.

Mengharapkan air hujan semata mata jelas memperlihatkan EXCO kerajaan negeri ini tidak berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan.

Perkataan MALAS itu seharusnya ditujukan kepada kepimpinan kerajaan negeri yang dilihat juga MALAS untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam isu air.

Jika kerajaan negeri bersetuju dari dulu untuk memberikan peluang kepada kerajaan pusat menyiapkan loji pembersihan atau rawatan air Langat 2, perkara ini tidak.akan berlaku dan apa yang dialami oleh rakyat Selangor sekarang adalah kerana tidak cerdiknya kerajaan Selangor yang hanya berpolitiking sepanjang masa.


Tiada ulasan: